BTC USD 63,782.2 Gold USD 4,333.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perhimpunan ICERD 8 Dec 2018

Ratifikasi ICERD


  • Total voters
    0
  • Poll closed .
Pemikiran sempit mcm nielah yg membawa kepada kehancuran..

..kesan nye long term ..

Melayu betul2 tak bersyukur ...dek keranan dendam mamak tua 93 tahun tu..habis semua nye dirosakkan

Ingat senang ke pakai tukar2 kerajaan..

Nenek moyang kita beemandi darah mempertahankan 153 ..

Dah lupa kenapa 13 mei beelaku?

Sorry bro. Gua mmng sempit punya pemikiran punya orang. Baca topik x pernah habis, baca statement x pernah nak tangkap betul2 punya.

Bro macam x habis lagi nak cerita. Bgtau lagi, apa yg perlu orng kita perlu tahu ni. Maklum la, ak pon da lama orng x sekolahkan. Elok la tambah ilmu@ revise balik pembelajaran lama2 yg dah berkarat ni.

Btw.. PRU dulu bro pilih mana yea
 
Ppbm nie sape? Kalau keluar dari pakatan pun masih dpt bina kerajaan..mcm wayang je
 
Memang la dia akan sanggah cek mek.. dia nak suruh Malaysia sign dulu.. lepas tu bila dah tak boleh nak buat apa2, kena hadap je la.. banyak artikel dalam perlembagaan Malaysia tentang hak2 istimewa orang melayu bercanggah dengan icerd.. kalau dah Tak boleh nak patuh icerd utk jaga kepentingan melayu dan bumiputra apa gunanya Malaysia sign at the very first place.. ni putar belit dia je nak mengaburi mata orang melayu..

Nampak benor hanat...
Takde ape yg terdesak nk sign
Mcm la depa ni kena lyn teruk mcm kt myanmar
Geng2 ni makin berani
 
Memang la dia akan sanggah cek mek.. dia nak suruh Malaysia sign dulu.. lepas tu bila dah tak boleh nak buat apa2, kena hadap je la.. banyak artikel dalam perlembagaan Malaysia tentang hak2 istimewa orang melayu bercanggah dengan icerd.. kalau dah Tak boleh nak patuh icerd utk jaga kepentingan melayu dan bumiputra apa gunanya Malaysia sign at the very first place.. ni putar belit dia je nak mengaburi mata orang melayu..

a'ah tn azriff, secara asasnya non malay mmg sokong ratifikasi ICERD ni. malah tak dinafikan bahawa ada sesetengah Melayu juga sokong ratifikasi ni, yg mana sesetengah mereka yg berbangsa Melayu ni mahu ketuanan Melayu dihapuskan..

walhal keistimewaan Melayu dan Bumiputra ada diperuntukkan dalam Perlembagaan seperti yg dinyatakan di Perkara 153..

tu yg saya concern tn azriff, bahawa rakyat Malaysia terutama Melayu ni perlu arif dan mengetahui sepenuhnya apa yg diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan berkenaan keistimewaan Melayu dan Bumiputra..
baru diorang betul betul pertahankan apa yg dah diperuntukkan kepada mereka
 
Ppbm nie sape? Kalau keluar dari pakatan pun masih dpt bina kerajaan..mcm wayang je

tn Don, dalam kes ni PPBM Exco Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir yg membantah pernyataan P Waytha Moorthy ni berhubung ratifikasi ICERD.
Kiranya PPBM Exco Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir peringatkan balik P Waytha Moorthy akan kedudukan Perkara 3, 153, 160 dan sewaktu dengannya perlu kekal biarpun kita maklum perihal ini tidak mampu diganggu gugat, tetapi jangan ada sedikitpun cubaan untuk menyentuh perkara-perkara tersebut walau apa cara sekalipun

dah bagus tindakan PPBM Exco Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir dalam hal ni
 
Sanggupkah tuan atau sanak saudara tuan atau anak beranak tuan menerima dan menghadapi;

Dari segi ekonomi:

1 - Tiada lagi Amanah Saham Bumiputra ..., semuanya disatukan menjadi Amanah Saham Nasional. (Study sendiri kalau nak tahu perbezaan antara keduanya).

2 - Tiada lagi peruntukan pinjaman kepada Bumiputra untuk melabur dalam ASB dengan kadar faedah rendah dan tempoh bayaran balik sehingga 30 tahun

3 - Tiadan lagi status Rezab Melayu dalam geran-geran tanah dan tapak-tapak rumah dan plot-plot kediaman untuk memudahkan lagi kita menjual tanah/rumah (Jangan risau lepas ni boleh jual kat kaum lain dengan harga tinggi)

4 - Tiada lagi peruntukan 25% permis-premis kediaman baru kepada bumiputra

5 - Tiada lagi potongan/diskaun 5% - 10% dari harga sebenar premis-premis kediaman baru

6 - Tiada lagi peruntukan bumiputra untuk premis-premis perniagaan yang baru seperti lot-lot rumah kedai.

Salah satu contoh sediaada dalam syarat tanah PTG Johor:

PEKELILING PTG JOHOR
BIL. 2 TAHUN 2006
GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENGECUALIAN PERUNTUKAN UNIT BUMIPUTERA KERANA PEMBAHAGIAN KEPADA AHLI KELUARGA ATAS KELULUSAN SERAHBALIK DAN KURNIA SEMULA

1. TUJUAN
Pekeliling ini bertujuan untuk menyampaikan keputusan Majlis Mesyuarat
Kerajaan Johor dalam mesyuaratnya pada 17hb Mei, 2006 R/M bil. 810/2006.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Pekeliling P.T.G. Johor Bil. 1/81 menetapkan tuantanah yang ingin
membangunkan tanahnya hendaklah mengkhaskan sekurang-kurangnya
40% daripada jumlah bilangan tiap-tiap jenis pembangunan ( kediaman,
kedai-kedai dan lain-lain bangunan ) yang dibina diatas tanahnya kepada
Bumiputera dengan harga 15% lebih murah daripada harga jualan. Syarat
tersebut dikenakan kepada rancangan pembangunan yang melebihi 5 plot
bangunan

7 - Tiada lagi peruntukan kepada peniaga-peniaga kecil Bumiputra untuk membolehkan mereka menyewa premis-premis milik Pihak Berkuasa Tempatan (peruntukan yang ada mungkin akan disemak dan dinilai semula).

8 - Tiada lagi peruntukan bumiputra untuk lot-lot niaga di pasar-pasar awam (Jangan hanya pandang di pasar-pasar awam seperti Selayang, pandanglah di pasar-pasar lain di seluruh negara yang ada dan ramai penyertaan bumiputra berniaga).

9 - Peruntukan kepada kontraktor bumiputra khususnya kelas F di hapuskan (Jangan bimbang, sekarang pun ramai yang dah takde projek mungkin sebab salah sendiri atau faktor-faktor lain) Jangan tumpukan pandangan kepada yang tamak haloba, perasuah, sombong dan yang bersifat negatif yang lain, pandang yang positif, sebab masih ada yang baik dan bagus.

10 - Tiada lagi peruntukan 30% kepada perlantikan kakitangan bumiputra dikalangan pihak GLC dan swasta dalam semua peringkat.

11 - Penggajian kakitangan bumiputera yang ramai di GLC seperti TNB, Telekom, Proton, Bank Simpanan Nasional, Maybank dan banyak lagi (tak terkira dan tersebut) dikurangkan secara beransur-ansur.

12 - Penggajian kakitangan bumiputra yang ramai di syarikat-syarikat milik kerajaan negeri seperti di Syarikat Air Melaka, Syarikat Air Selangor, SAJ, Sains, dan macam-macam lagi milik kerajaan negeri dan banyak lagi (tak terkira dan tersebut) dikurangkan secara beransur-ansur.

13 - Semak/nilai semula peranan MARA, FELDA dan FELCRA dan macam-macam lagi.

14 - ....

15 - ....

:
:
:
:

Ah tak larat nak sambung, banyak sangat

Dari segi pendidikan:

1 - Pengambilan MRSM di nilai/disemak semula

2 - Pengambilan Sekolah Berasrama Penuh dinilai/disemak semula

3 - Tiada lagi peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat (walau dibawah Kerajaan Negeri) atau dinilai semula

4 - Tiada lagi peruntukan (atau dikurangkan) kepada IKM, KPTM, KKTM, Giat MARA, UITM (atau dinilai semula)

5 - Tiada lagi peruntukan kepada Kolej MARA Banting, Kolej Mara Kuala Nerang, Kolej Mara Kulim, dan Kolej Mara Seremban atau dinilai semula

6 - Pengambilan pelatih Kolej-Kolej Kejururawatan dinilai dan disemak semula.

7 - Kolej Felda, Kolej Risda dan ....

8 - ....

:
:
:
Ah tak larat nak sambung, banyak sangat

Dari segi ugama:

1 - Tiada lagi laungan azan berkumandang di corong-corong pembesar suara dimenara-menara mesjid dan surau-surau (Mungkin seronok sebab tiada sapa nak sindir lagi "ko tak dengar azan ker" sebab boleh bagi alasan "eh dah azan ker?, tak dengar pun") sebab azan hanya dikumandangkan melalui speaker didalam masjid dan surau-surau sahaja.

2 - Ibadah korban yang buat masa ini dilakukan ditempat terbuka dinilai semula.

:
:
:

Fikir sendiri apa yang tersirat disebalik yang tersurat.


Dari segi sosial:

1 - Institusi kekeluargaan akan bobrok akibat kesempitan ekonomi (sekarang pun dah berlaku secara meluas dan kalau dirasakan belum mencukupi teruskanlah)

2 - Peluang pekerjaan semakin kurang dan indeks pengganguran meningkat

3 - Indeks tekanan hidup meningkat dan peralihan ke arah penyelesaian masaalah hidup secara mudah contohnya bunuh diri, mabuk, dadah, mencuri, merompak.

4 - Masaalah keyakinan diri semakin meningkat yang membawa kepada masaalah pencapaian dalam kehidupan.

:
:
:

Dan lagi..dan lagi..fikirkan lah apa yang ada disebalik tembok bila mendengar gendang berbunyi FIKIR..FIKIR..FIKIR..

Natijahnya;

1 - Kita silap menyatakan kaum melayu/bumiputra sebagai pemalas, selama ni siapa yang menjadi polis, askar, bomba, jururawat, guru, nelayan yang menangkap ikan untuk kita, peniaga-peniaga di pasar tani, pasar awam, kedai runcit, pasar mini, pemandu (dari teksi hingga ke lori kontena (prime mover)), mat despatch, posmen, pemotong rumput, pengangkat sampah, pekebun, penoreh getah, peserta FELDA, peserta FELCRA, pekerja pembentungan (yang membersihkan pembentungan taik kita) pemotong rumput di tepi-tepi jalan, pemandu/pengedar roti untuk sarapan kita, pemandu/pengedar ais (rata-rata Melayu). Adakah mereka ini tidak cukup rajin? atau kita mahukan mereka bekerja 24jam sehari untuk membuktikan kerajinan mereka sehingga meruntuhkan institusi kekeluargaan mereka?

2 - Kita boleh menyatakan, sebagai Bumiputera kita tidak mendapat sebarang kelebihan pun tapi jika kita teliti dan ambil tahu serta memikirkannya pasti ada kebaikan yang kita perolehi walau sekelumit sekalipun.

3 - Kita boleh sahaja di Amerika yang rakyatnya bebilang kaum tiada masaalah perkauman dan tiada diskriminasi kaum. Tapi kita tak terfikir ke yang majoriti mrerka menggunakan satu bahasa (inggeris) dalam berkumunikasi dan (bertutur dan menulis), tiada pelbagai jenis sekolah, majoriti beragama keristian dan kalau kita nak ambil tahu, masaalah perkauman tetap ujud samaada yang radikal (Klu Klux Klan) ataupun tidak seperti di kawasan kejiranan di Bronx, New York.

4 - Dalam era ilmu di hujung jari ini terlampau banyak sangat maklumat dari pelbagai sumber boleh kita dapati, carilah, tontonlah, bacalah untuk dijadikan rujukan.

5 - Fikirkanlah punca asbab akan sesuatu perkara yang berlaku di sekeliling kita mesti ada yang tersirat disebalik yang tersurat.
 
Ratifikasi ICERD tidak akan beri kesan kepada Artikel 153

27 Oktober 2018

image.jpg

P Waytha Moorthy. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Ratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum tidak akan memberi kesan kepada Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy.

Menteri yang bertanggungjawab mengenai perpaduan nasional dan kesejahteraan sosial itu berkata langkah kearah ratifikasi ICERD dengan tujuan menjadikan rekod hak asasi manusia negara dihormati dunia, adalah selaras dengan manifesto kerajaan Pakatan Harapan.

Dalam satu kenyataan hari ini beliau memberi jaminan bahawa kerajaan akan berbincang dengan semua pemegang taruh bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai usaha meratifikasi ICERD.

"Kerajaan tidak tergesa-gesa untuk meratifikasi ICERD kerana ia mahu mendapatkan sebanyak mungkin maklum balas daripada semua pihak terlebih dahulu,” katanya dalam menafikan spekulasi bahawa langkah meratifikasi konvensyen itu bertujuan mencabar Artikel 153.

Artikel itu antaranya menyentuh kepada hak istimewa kaum Melayu dan Bumiputera dan kepentingan sah lain-lain komuniti.

"Dalam konteks di sini, kita boleh meratifikasi ICERD dengan beberapa reservasi. Kita boleh berbuat demikian sama ada dengan penerimaan terus atau ratifikasi, ada dua pilihan. Kita boleh pilih apa yang kita mahu. Dalam apa jua pilihan yang kita ambil, ia boleh dilakukan dengan beberapa reservasi,” kata Waytha Moorty.

"Selaras dengan komitmen kami terhadap Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan dalam meningkatkan lagi hak asasi manusia, adalah dinasihatkan supaya ia diratifikasi, tetapi dengan beberapa reservasi, dan memastikan Perlembagaan Persekutuan terus dijunjung dengan niat asal penggubalnya terpelihara,” jelasnya.

Beliau berkata “kebimbangan tidak berasas” mengakibatkan ramai yang membuat spekulasi kesan kepada ratifikasi ICERD

Beliau turut memberi jaminan bahawa institusi seperti Mara, dan lain-lain agensi yang ditubuhkan bagi tujuan meningkatkan taraf hidup komuniti bumiputera yang memerlukan, tidak akan terjejas dengan langkah meratifikasi ICERD.

"Kerajaan Pakatan Harapan komited untuk memelihara semua peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Perdana Menteri memberi jaminan bahawa kerajaan Pakatan Harapan akan mempertahankan agenda Bimiputera dan melindungi hak kaum Melayu sebagaimana yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Waytha Moorthy pada 24 Oktober berkata kerajaan komited untuk meratifikasi enam triti hak asasi manusia termasuk ICERD pada suku pertama 2019. – Bernama

http://www.sinarharian.com.my/nasio...k-akan-beri-kesan-kepada-artikel-153-1.897378
 
Pas bantah jika kerajaan ratifikasi hak asasi manusia acuan

27 Oktober 2018

image.jpg

Nasrudin Hassan

SHAH ALAM - Pas membantah komitmen yang diberikan kerajaan untuk meratifikasi enam perjanjian berkaitan hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada suku pertama 2019.

Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, setelah memperincikan beberapa maklumat berkaitan perjanjian tersebut, banyak perkara melibatkan Perlembagaan Persekutuan akan terancam terutama mengenai Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan International Covenant on Civil and Political Right (ICCPR).

Beliau mendakwa, isu-isu kebebasan untuk murtad dan penghapusan hak keistimewaan orang Melayu serta Bumiputera akan berlaku sekiranya negara meratifikasi perjanjian-perjanjian tersebut.

"Komitmen untuk melaksanakan hal tersebut juga dikatakan selaras dengan manifesto PH. Tambahan pula, semua peruntukan perjanjian akan tertakluk kepada kehendak PBB. Negara akan terikat, tunduk dan dikawal oleh kuasa luar secara tidak langsung.

"Oleh itu, jika kerajaan meneruskan hasrat mereka, maka Pas bertekad melancarkan satu bantahan besar-besaran dan akan mengadakan Himpunan Bantah Pengiktirafan Hak Asasi Manusia Acuan Barat dalam masa terdekat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy menyatakan kerajaan komited untuk mengesahkan enam triti hak asasi manusia termasuk ICERD pada suku pertama tahun depan.

Katanya, perkara tersebut selaras dengan dengan manifesto Pakatan Harapan (PH).

Komitmen turut diberikan oleh Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Mujahid Rawa dan diperkukuhkan lagi oleh kenyataan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah serta Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Perhimpunan Agung PBB baru-baru ini.

http://www.sinarharian.com.my/nasio...n-ratifikasi-hak-asasi-manusia-acuan-1.897254
 
Ratifikasi ICERD tidak akan beri kesan kepada Artikel 153

27 Oktober 2018

image.jpg

P Waytha Moorthy. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Ratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum tidak akan memberi kesan kepada Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy.

Menteri yang bertanggungjawab mengenai perpaduan nasional dan kesejahteraan sosial itu berkata langkah kearah ratifikasi ICERD dengan tujuan menjadikan rekod hak asasi manusia negara dihormati dunia, adalah selaras dengan manifesto kerajaan Pakatan Harapan.

Dalam satu kenyataan hari ini beliau memberi jaminan bahawa kerajaan akan berbincang dengan semua pemegang taruh bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai usaha meratifikasi ICERD.

"Kerajaan tidak tergesa-gesa untuk meratifikasi ICERD kerana ia mahu mendapatkan sebanyak mungkin maklum balas daripada semua pihak terlebih dahulu,” katanya dalam menafikan spekulasi bahawa langkah meratifikasi konvensyen itu bertujuan mencabar Artikel 153.

Artikel itu antaranya menyentuh kepada hak istimewa kaum Melayu dan Bumiputera dan kepentingan sah lain-lain komuniti.

"Dalam konteks di sini, kita boleh meratifikasi ICERD dengan beberapa reservasi. Kita boleh berbuat demikian sama ada dengan penerimaan terus atau ratifikasi, ada dua pilihan. Kita boleh pilih apa yang kita mahu. Dalam apa jua pilihan yang kita ambil, ia boleh dilakukan dengan beberapa reservasi,” kata Waytha Moorty.

"Selaras dengan komitmen kami terhadap Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan dalam meningkatkan lagi hak asasi manusia, adalah dinasihatkan supaya ia diratifikasi, tetapi dengan beberapa reservasi, dan memastikan Perlembagaan Persekutuan terus dijunjung dengan niat asal penggubalnya terpelihara,” jelasnya.

Beliau berkata “kebimbangan tidak berasas” mengakibatkan ramai yang membuat spekulasi kesan kepada ratifikasi ICERD

Beliau turut memberi jaminan bahawa institusi seperti Mara, dan lain-lain agensi yang ditubuhkan bagi tujuan meningkatkan taraf hidup komuniti bumiputera yang memerlukan, tidak akan terjejas dengan langkah meratifikasi ICERD.

"Kerajaan Pakatan Harapan komited untuk memelihara semua peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Perdana Menteri memberi jaminan bahawa kerajaan Pakatan Harapan akan mempertahankan agenda Bimiputera dan melindungi hak kaum Melayu sebagaimana yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Waytha Moorthy pada 24 Oktober berkata kerajaan komited untuk meratifikasi enam triti hak asasi manusia termasuk ICERD pada suku pertama 2019. – Bernama

http://www.sinarharian.com.my/nasio...k-akan-beri-kesan-kepada-artikel-153-1.897378

ya lah tu tak beri kesan...last2 semua melayu gigit jari ..semuanya tergadai...
 
KUALA LUMPUR 27 Okt. - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan zaman ketuanan Melayu telah berakhir dan Malaysia bergerak ke arah fasa baharu yang memperjuangkan kesaksamaan.

Syed Saddiq yang juga Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu berkata, perkara tersebut turut menjadi agenda yang akan diperjuangkan parti itu.


Org undi ko bukan pasal nak hak sama rata.. Org undi pasal ko janji nak bagi peluang pekerjaan dkt anak muda.. Menteri sampah..
 
Back
Top
Log in Register