BTC USD 82,438.3 Gold USD 4,092.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perhimpunan ICERD 8 Dec 2018

Ratifikasi ICERD

  • Total voters
    0
  • Poll closed .
Taktik tun tak nak anwar jadi PM....huru harakan kerajaan sekarang sampai rakyat bangkit menentang kerajaan sekarang dan akhirnya bubarkan parlimen...melopong la anwar...boleh jadi jugak..kikiki

Kalau bubar sekarang konpem PH bungkus. Mukhriz sendiri dah cakap PH bakal kerajaan satu penggal.
 
Kontrak sosial mesti diterangkan pada bukan Melayu - Rais​

Diterbitkan 9 Dis 2018, 6:24 petang | Dikemaskini 9 Dis 2018, 6:29 petang

aa75e311ef748211bf98354eff3fb659.jpeg

Anggota Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) perlu konsisten dalam memperjuangkan hal berkaitan Bumiputera dan Melayu, kata Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan, Rais Yatim.

Kata Rais, ini termasuklah memberikan kefahaman kepada masyarakat bukan Melayu mengenai kontrak sosial yang dipersetujui sejak sebelum negara merdeka.

“Jangan segan dan malu untuk memperjuangkan hal bangsa Melayu dan bumiputera seperti berkaitan dengan kuasa politik dan ekonomi.

“Kontrak sosial sebelum merdeka mesti difahami, kena terangkan (kepada kaum lain) kenapa soal dominan siasah Melayu perlu diperjuangkan dan bukan untuk menindas kaum lain,” katanya seperti dilapor Bernama.

Kontrak sosial merujuk persetujuan yang dicapai sebelum merdeka antara pemimpin Melayu, Cina dan India menerusi parti Perikatan yang memenangi pilihan raya pada 1955.

Ia merupakan persetujuan mengenai hak keistimewaan orang Melayu seperti termaktub dalam perlembagaan sebagai timbal balik terhadap pemberian kewarganegaraan terhadap orang bukan Melayu.

Bekas presiden Gerakan Lim King Yaik pernah mengkritik amalan itu sekitar tahun 2005 kerana menyifatkan ia sudah tidak relevan dan membuatkan kaum Cina dan India di negara ini 'berkecil hati'.

Sementara itu Rais berkata parti itu akan sentiasa memberi teguran yang sihat kepada menteri-menteri Kabinet.

Beliau berkata menteri-menteri baru perlu banyak belajar daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di samping sentiasa mendengar rintihan rakyat.

“Kalau sebahagian menteri Bersatu dipandang sebagai hilang punca dan tidak ada keutuhan dalam prestasi mereka, langkah-langkah pembetulan perlu diambil sebelum ‘cacing naik ke mata’.

“Jika dibiarkan lama-kelamaan imej buruknya akan sampai kepada presiden, timbalan presiden dan pengerusi Bersatu,” katanya kepada media selepas Konvensyen Perjuangan Bersatu Negeri Sembilan.

Bersatu N Sembilan 'corot'

Konvensyen tersebut yang dihadiri lebih 500 perwakilan, dirasmikan oleh Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Dalam perkembangan lain, Rais berkata Menteri Besar Aminuddin Harun akan mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Bersatu negeri untuk membincangkan kedudukan parti itu di dalam pentadbiran negeri.

“Hubungan di dalam Pakatan Harapan negeri, parti kami dicorotkan dalam kedudukan tertentu.

“Menteri besar akan bertemu dengan kami dan menilai semula peranan Bersatu di peringkat pentadbiran daerah-daerah,” katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/455431
 
Taktik tun tak nak anwar jadi PM....huru harakan kerajaan sekarang sampai rakyat bangkit menentang kerajaan sekarang dan akhirnya bubarkan parlimen...melopong la anwar...boleh jadi jugak..kikiki

Takdelah tun nk huru harakan negara masa dia pegang pm.
Niat tun nk jatuhkan najib & geng2 menteri2 kroni dia jer sbb rakyat gak yg dh lama meluat dgn pimpinan najib.

Yg selalu suka buat huru hara tu puak2 umno bn yg tak puashati kalah pru14....pas lak di mimpikan bulan bintang oleh puak2 bn yg kalah tu terutama umno kononnya nk menyatukan melayu islam tp yg sebenarnya klu mrk dh pegang kuasa balik maka terlepas lah segala kesalahan yg sedang dikaitkan skrg.
 
Ko ni kalau tak mengarut boleh tak...dulu PH buat perhimpunan siap lompat2 atas keta polis macam monyet..penyokong mana tu yang buat huru hara??...bandingkan perhimpunan semalam elok je semua...
 
Ko ni kalau tak mengarut boleh tak...dulu PH buat perhimpunan siap lompat2 atas keta polis macam monyet..penyokong mana tu yang buat huru hara??...bandingkan perhimpunan semalam elok je semua...

Demo bersih ka? Ko bagi fakta biarlah terang sikit .

Masa tu kan penyokong pas ada join sekali bersih tu...ko kenal ke siapa duk ikut dlm tu yg mana satu pas mana satu ph klu dh semua baju kuning?

Dan demo tu pun sbb tkpuashati
dgn regim najib.
 
bersihkan laa..

ke main tuduh je ada rasuah??

dulu kokok sgt nak tangkap yang korup..

ini bukan main-main, ini betul-betul..

kes 1mdb, kes tabung haji dan kes-kes lain tu memang betul2 berlaku..

sebab tu tak boleh bagi UMNO menang..
 
ok aku setuju..

bro pulak, jangan la sokong UMNO..

serik, dah macam-macam kes UMNO ni..
banyak duit rakyat kena rembat..

Tak yah takut. PH dah janji dalam penggal ni semua yg korup dalam umno akan masuk penjara. Jadi habis penggal nanti umno bersihlah. Ditambah pula oleh kerjasama dengan Pas yg kita semua tahu bersih maka mantaplah.

Ko ni. Dap tak nak sokong. PasUmno pun tak nak sokong. Habis ko nak sokong siapa?
 
ini bukan main-main, ini betul-betul..

kes 1mdb, kes tabung haji dan kes-kes lain tu memang betul2 berlaku..

sebab tu tak boleh bagi UMNO menang..

ye tahu..

aku tunggu ph tangkap je orang2 yang korup nih..

biar tinggal yang suci je, madey yang suci pon korang bley pilih, apa salahnya pilih yang suci je dari umno..

nak harap dap pan pkr skang utk bangsa dan agama skang nih, xnampak gaya pun..
 
Back
Top
Log in Register