BTC USD 80,788.2 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perhimpunan ICERD 8 Dec 2018

Ratifikasi ICERD


  • Total voters
    0
  • Poll closed .
Rabu, 31 Oktober 2018 | 11:55am

photo6255718909026084929_1540958107.jpg

ABDUL Hadi mengetuai rombongan peserta himpunan bantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) ke dalam bangunan Parlimen untuk menyerahkan memorandum itu kepada wakil Jabatan Perdana Menteri. - NSTP/Faris Fuad

Presiden PAS ketuai rombongan serah memorandum bantah ICERD​

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengetuai rombongan 10 peserta himpunan bantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) ke dalam bangunan Parlimen, hari ini.

Mereka akan menyerahkan memorandum bantahan itu kepada wakil Jabatan Perdana Menteri yang antara lain bagi menzahirkan kebimbangan terhadap usaha menghapuskan hak Bumiputera dalam perlembagaan Malaysia.

Terdahulu, lebih 100 peserta berjalan dari kawasan Tugu Negara bermula jam 10.30 pagi sebelum berhenti kira-kira 100 meter dari pintu pagar bangunan Parlimen selepas dihalang anggota dan pegawai polis yang berkawal di situ.

Kehadiran individu terbabit mewakili pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Mereka dilihat memegang beberapa sepanduk ‘ICERD adalah Malayan Union 2.0’ dan ‘Jangan Jual Kedaulatan Negara’ sambil melaungkan ‘Bantah ICERD’ dan ‘Allahuakbar’.

WhatsApp_Image_2018-10-31_at_11.49.17_AM_1540958104.jpg

PESERTA himpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di hadapan bangunan Parlimen. - NSTP/Asyraf Hamzah


WhatsApp_Image_2018-10-31_at_11.49.17_AM_(1)_1540958100.jpg

PESERTA himpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di hadapan bangunan Parlimen. - NSTP/Asyraf Hamzah

Jumaat lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy mengesahkan Kerajaan Persekutuan komited untuk mengesahkan enam triti hak asasi manusia termasuk melaksanakan ICERD pada suku pertama tahun depan.

Katanya, komitmen itu bukan hanya daripadanya sendiri, malah, daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof.
https://www.bharian.com.my/berita/n...bongan-serah-memorandum-bantah-icerd#cxrecs_s
 
Rabu, 31 Oktober 2018 | 12:20pm

icerd31okt1_1540959640.jpg

TUN Dr Mahathir bersalaman dengan sebahagian tetamu yang hadir pada pelancaran Dasar Kebangsaan mengenai Industri 4.0 atau dikenali sebagai Industri4WRD di Menara Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kuala Lumpur, hari ini. - Foto BERNAMA

Runding dulu, baru tandatangan ICERD - Dr Mahathir​

KUALA LUMPUR: Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) hanya akan ditandatangani selepas berunding dengan semua kaum di Malaysia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri menyifatkan, latar belakang demografi Malaysia yang menyaksikan pelbagai lapisan kaum dan bangsa hidup bersama amat sensitif kepada perkara tertentu.

Sehubungan itu, katanya, langkah libat urus perlu dilaksanakan bagi mendapat persetujuan berhubung konvensyen berkenaan, sebelum kerajaan mencatur sebarang keputusan muktamad.

“Kita akan tandatangan selepas kita runding dengan semua kaum di Malaysia, kerana perkara ini bukan mudah memandangkan negara ini ada pelbagai kaum.

“Masing-masing sensitif terhadap perkara-perkara tertentu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pelancaran Dasar Kebangsaan mengenai Industri 4.0 atau dikenali sebagai Industri4WRD, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar; Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking; Timbalannya, Dr Ong Kian Ming dan Presiden Persekutuan Perkilangan Malaysia (FMM), Datuk Soh Thian Lai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy, pada 26 Oktober lalu dilaporkan berkata Kerajaan Persekutuan komited untuk mengesahkan enam triti hak asasi manusia, termasuk ICERD pada suku pertama tahun depan.

Katanya, komitmen itu bukan hanya daripadanya sendiri, malah disokong Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

https://www.bharian.com.my/berita/n...nding-dulu-baru-tandatangan-icerd-dr-mahathir
 
Rabu, 31 Oktober 2018 | 2:30pm

TuanicerIbrahim_1540967422.jpg

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. - NSTP/Asyraf Hamzah

Terima ICERD umpama undang malapetaka - Tuan Ibrahim​

KUALA LUMPUR: Persetujuan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) disifatkan sebagai ‘mengundang malapetaka’ kepada negara ini.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata penerimaan ratifikasi berkenaan boleh memberi impak negatif terhadap rakyat khususnya hak Bumiputera.

“Penolakan dibuat sejak zaman pentadbiran Barisan Nasional (BN) dan saya harap, Pakatan Harapan (PH) pun tolak sebab implikasinya sangat besar terhadap sendi utama pembentukan negara.

“Kalau kita setuju, maknanya kita akur dengan aturan dan tuntutan ICERD. Kita bimbang persetujuan ini mengundang malapetaka,” katanya di Lobi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung himpunan bantah oleh pertubuhan bukan kerajaan, pagi tadi.

Terdahulu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mengetuai rombongan 10 peserta himpunan menyerahkan memorandum bantahan itu kepada wakil Jabatan Perdana Menteri.

Lebih 100 peserta berjalan dari Tugu Negara bermula jam 10.30 pagi sebelum berhenti kira-kira 100 meter dari pintu pagar bangunan Parlimen selepas dihalang anggota dan pegawai polis yang berkawal.

https://www.bharian.com.my/berita/n...a-icerd-umpama-undang-malapetaka-tuan-ibrahim
 
seeloknya adalah ngo yg buat perhimpunan bantahan besar besaran.....minta permit...buat kat stadium ker...mcm bersih.....
 
Hati-hati keluar kenyataan tentang ICERD - Mujahid
Bernama | Diterbitkan pada Oktober 30, 2018 04:56 +08

41533568973_DATUKDRMUJAHIDYUSOF.jpg

Mujahid meminta pihak yang telah mengeluarkan kenyataan berhubung implikasi ICERD agar berjumpa dengannya untuk memahami proses ratifikasi itu. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa meminta semua pihak mendapatkan penjelasan lanjut berhubung proses ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) sebelum mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.

Beliau berkata tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab menularkan isu tersebut dengan mendakwa ia akan menjejaskan kedudukan mana-mana kaum dan agama di negara ini dibimbangi akan mencetuskan perbalahan kaum.

"Ada pihak tidak bertanggungjawab telah menularkan berita kononnya implikasi ICERD kepada Malaysia boleh membawa kepada terhapusnya hak Bumiputera termasuk isu (Rejimen) Askar Melayu (Diraja) dan polis kononnya tidak boleh menggunakan perkataan Melayu kerana itu dikira sebagai diskriminasi.

"Saya tegaskan apa yang ditularkan pihak tidak bertanggungjawab itu boleh mengundang fitnah dan boleh timbulkan kebencian dan berpotensi jadi satu masalah perkauman," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen pada Isnin.
Justeru, Mujahid meminta pihak yang telah mengeluarkan kenyataan itu berjumpa dengan beliau untuk memahami proses ratifikasi itu yang tidak akan menjejaskan hak kaum di negara ini termasuk keistimewaan golongan Bumiputera.

Beliau turut menjelaskan bahawa dalam konteks negara ini, ratifikasi ICERD itu boleh dilakukan dengan beberapa reservasi serta mengambil kira perundangan dan perlembagaan negara.

BACA: Ratifikasi ICERD tidak akan beri kesan kepada Artikel 153 - Waytha Moorthy

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/hati-hati-keluar-kenyataan-tentang-icerd-mujahid-189624

dia ni apahal sebenarnya? mentally retarded ke
 
Rabu, 31 Oktober 2018 | 12:20pm

icerd31okt1_1540959640.jpg

TUN Dr Mahathir bersalaman dengan sebahagian tetamu yang hadir pada pelancaran Dasar Kebangsaan mengenai Industri 4.0 atau dikenali sebagai Industri4WRD di Menara Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kuala Lumpur, hari ini. - Foto BERNAMA

Runding dulu, baru tandatangan ICERD - Dr Mahathir​

KUALA LUMPUR: Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) hanya akan ditandatangani selepas berunding dengan semua kaum di Malaysia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri menyifatkan, latar belakang demografi Malaysia yang menyaksikan pelbagai lapisan kaum dan bangsa hidup bersama amat sensitif kepada perkara tertentu.

Sehubungan itu, katanya, langkah libat urus perlu dilaksanakan bagi mendapat persetujuan berhubung konvensyen berkenaan, sebelum kerajaan mencatur sebarang keputusan muktamad.

“Kita akan tandatangan selepas kita runding dengan semua kaum di Malaysia, kerana perkara ini bukan mudah memandangkan negara ini ada pelbagai kaum.

“Masing-masing sensitif terhadap perkara-perkara tertentu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pelancaran Dasar Kebangsaan mengenai Industri 4.0 atau dikenali sebagai Industri4WRD, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar; Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking; Timbalannya, Dr Ong Kian Ming dan Presiden Persekutuan Perkilangan Malaysia (FMM), Datuk Soh Thian Lai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy, pada 26 Oktober lalu dilaporkan berkata Kerajaan Persekutuan komited untuk mengesahkan enam triti hak asasi manusia, termasuk ICERD pada suku pertama tahun depan.

Katanya, komitmen itu bukan hanya daripadanya sendiri, malah disokong Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

https://www.bharian.com.my/berita/n...nding-dulu-baru-tandatangan-icerd-dr-mahathir

u-turn oleh mader.

macam biasa. bila melayu bising, mulalah wayang "baru nak runding".
 
PAS: Ratifikasi ICERD beri impilkasi besar hak istimewa bumiputera​

Bernama | Diterbitkan 31 Okt 2018, 4:14 petang

a90839830a6b3b197b376482c1602681.jpeg


PAS menyifatkan langkah meratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) sebagai satu malapetaka dan menyentuh beberapa sendi utama bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perkara tersebut akan memberi implikasi besar kepada negara dan rakyat.

“Kami mendesak kerajaan tidak menerima (ICERD), sekiranya kerajaan meneruskannya saya fikir mobilisasi rakyat yang besar akan berlaku kerana implikasinya bukan sahaja kepada orang Islam.

“Malah ini termasuk juga penduduk Sabah dan Sarawak dan hak keistimewaan bumiputera yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Anggota Parlimen Kubang Kerian itu mengulas berhubung perhimpunan membantah ICERD oleh pertubuhan bukan kerajaan di luar bangunan Parlimen, pagi tadi.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengetuai rombongan 10 peserta himpunan tersebut menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil Jabatan Perdana Menteri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy pada 24 Okt lalu dilaporkan berkata kerajaan komited untuk meratifikasi enam triti hak asasi manusia termasuk ICERD pada suku pertama 2019.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata ICERD hanya akan ditandatangani selepas berunding dengan semua kaum di Malaysia.

Dr Mahathir menyifatkan latar belakang demografi Malaysia yang menyaksikan pelbagai lapisan kaum dan bangsa hidup bersama amat sensitif kepada perkara tertentu.

- Bernama

https://www.malaysiakini.com/news/449830
 
Back
Top
Log in Register