BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perhilitan Pindah Gajah Liar Ditangkap Di Gua Musang Ke Habitat Asal

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Perhilitan Pindah Gajah Liar Ditangkap Di Gua Musang Ke Habitat Asal​

84cc68805bd73b30ac9f8a57ac5c98886a6f08c1c12ef

Anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menggunakan khidmat gajah denak betina Indah (kanan) dan Suria (kiri) untuk memujuk gajah jantan liar Awang Tar Setelu (tengah) keluar dalam operasi pemindahan di Kampung Pulau Setelu, Gua Musang. - Kredit: Perhilitan

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) hari ini berjaya memindahkan seekor gajah jantan yang dipercayai sering menceroboh masuk ke kawasan kebun dan penempatan penduduk di sekitar Kampung Pulau Setelu di sini.

Pengarah Perhilitan Kelantan Wan Mohd Adib Wan Yusoh berkata mamalia terbesar di darat itu dianggarkan berumur lingkungan 15 hingga 18 tahun.

Beliau berkata operasi turut disertai 19 anggota termasuk dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Sungai Deka, Terengganu dan Kuala Gandah, Pahang.

"Gajah yang diberi nama 'Awang Tar Setelu' itu berjaya ditangkap pada 23 Julai lepas dan dipujuk keluar menggunakan khidmat dua ekor gajah denak betina bernama Suria dan Indah hari ini.

"Operasi itu bermula pada 9 pagi dan tamat empat jam kemudian... gajah ini akan dilepaskan ke habitat asal," katanya ketika dihubungi hari ini.

Penduduk Kampung Pulau Setelu, Zakaria Omar, 62, berkata penduduk berdepan ancaman gajah liar sejak beberapa tahun kebelakangan ini sehingga mengalami kerugian hasil tanaman termasuk kelapa sawit, pisang dan durian kunyit.

"Ada gajah yang pernah menghampiri kawasan rumah penduduk dengan jarak sekitar dua hingga empat meter menyebabkan kami sentiasa berjaga-jaga untuk keluar dari rumah," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Mukim Bertam Barat Mokhtar Dahari Ibrahim berkata penangkapan haiwan liar tersebut memberi kelegaan kepada lebih 1,000 penduduk.

"Hampir dua minggu pihak Perhilitan berkampung di sini, akhirnya proses pemindahan gajah liar itu ke habitat lain berjaya dilakukan... penduduk amat gembira dan lega dengan penangkapan gajah ini.

 
Back
Top
Log in Register