combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,142
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,142
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Foto: Perhilitan
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah menyiasat dakwaan kemunculan harimau belang di Kampung Selarong Panjang, Mahang dekat sini.
Pengarahnya Dr Abdul Malek Mohd Yusof berkata beliau bersama empat anggota Unit Konservasi Harimau Malaya (UKHM) Jabatan Perhilitan Kedah turut bertemu seorang daripada penduduk kampung yang mendakwa melihat haiwan berkenaan.
"Pada 11.35 pagi tadi, saya dan anggota UKHM turun ke lokasi dan berjumpa dengan pengadu.
"Menurut pengadu, dia ternampak kelibat harimau sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumahnya dengan menaiki kenderaan, kira-kira 2.30 pagi, di jalan Kampung Selarong-Mahang," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Beliau berkata ketika siasatan dijalankan tiada tanda-tanda kehadiran harimau melalui kawasan berkenaan.
"Namun, saya tidak menolak kemungkinan kawasan berkenaan ialah kawasan harimau dahan berkeliaran. Ini berdasarkan kesan pudar tapak kaki harimau itu, yang dijumpai sekitar kawasan kejadian di mana penduduk mendakwa ternampak harimau," katanya.
Abdul Malek berkata kawasan hutan terhampir ialah Hutan Simpan Ulu Paip yang terletak sejauh enam kilometer (km) dan Hutan Simpan Kekal Gunong Inas, iaitu kira-kira 22 km.
"Kawasan sekitar tempat kejadian dikelilingi oleh kebun getah, dusun dan ladang sawit. Pengadu dinasihatkan supaya memaklumkan kepada pihak jabatan sekiranya terdapat gangguan berulang," katanya.
UKHM Kedah akan membuat pemantauan secara berkala di samping meluaskan kawasan pemantauan bagi mengenal pasti laluan dan mencerap kehadiran harimau di sekitar kawasan berkenaan.
Perhilitan Kedah Siasat Dakwaan Penduduk Lihat Kelibat Harimau Di Kulim
harimau, kampung, penduduk, Kulim, Perhilitan