BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peratus keluar undi rendah bahayakan PN

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,483
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,483
Reaction score
2,596
Points
261
Penyokong PN hadir pada Majlis Pengisytiharan Calon PRU15 PN Kelantan di Dataran Warisan Stadium Muhammad IV, Kota Bharu, malam ini. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

KOTA BHARU: Peratusan keluar undi yang rendah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) boleh membahayakan Perikatan Nasional (PN) yang bermatlamat meneraju kerajaan baharu.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata justeru rakyat perlu keluar mengundi, selain menekankan golongan muda serta perantau untuk pulang dan melaksanakan tanggungjawab mengundi.

Katanya, anak muda perlu mengundi PAS atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Kelantan supaya PN boleh menang.

"Kalau nak jelas hala tuju negara, bina negara yang stabil, keadilan yang sama antara kaum, kemajuan ekonomi dan semangat bermuafakat, maka rakyat perlu memenangkan PN.

"Insya-Allah, dengan kemenangan itu kita dapat bina sebuah negara yang hebat. Tambahan pula, kemenangan kita untuk mendaulatkan agama selain Islam menuntut untuk berlaku adil pada semua orang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengisytiharan Calon PRU15 PN Kelantan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, malam ini.

Pada majlis sama, Ketua Armada BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, berkata pengundi dalam kalangan anak muda di Kelantan sangat ramai iaitu 59 peratus, sekali gus menjadi aset penentu masa depan bukan sahaja untuk kejayaan PN di Kelantan tetapi seluruh negara.

"Insya-Allah di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Hadi Awang, dapat menjanjikan kepemimpinan cemerlang dan ia tawaran terbaik khusus buat anak muda.

"Saya sendiri pernah jadi menteri. Kerajaan kita cukup duit untuk diberi kepada Kelantan, namun masalahnya adalah pada pentadbiran di Putrajaya yang tidak amanah dan jujur.

"Justeru, marilah kita mengundi PN yang mana terdiri daripada kalangan ulama dan ahli politik yang bebas rekod rasuah," katanya.
 
Peratus undian rendah bahayakan PN? Biasanya PH yg suka bagi alasan kalah sbb peratusan mengundi rendah.

Apa punye alasan daa. Nampak sgt pengundi PN & PH pemalas nak keluar mengundi :ROFLMAO:
 
jangan risau tuan ibrahim, haji hadi cakap, pn boleh menang majoriti 2/3 pru ni (y)

Aku satu undi kat parlimen Machang yg xkan ngundi.....

X nak pilih BN (Jazlan) , dan rasa PAS (Mat Jargon) dah x sama mcm dulu sblm dpt jawatan......boikot PRU kali ni...

PH, memang xde dlm pilihan...

Tp rasanya BN akan menang.... Jazlan glamer ooii kat Machang...
 
Tak keluar mengundi langsung la ya?
 
Aku satu undi kat parlimen Machang yg xkan ngundi.....

X nak pilih BN (Jazlan) , dan rasa PAS (Mat Jargon) dah x sama mcm dulu sblm dpt jawatan......boikot PRU kali ni...

PH, memang xde dlm pilihan...

Tp rasanya BN akan menang.... Jazlan glamer ooii kat Machang...
Undi rosak je bang tet, amik suasana...
 
Peratus undian rendah bahayakan PN? Biasanya PH yg suka bagi alasan kalah sbb peratusan mengundi rendah.

Apa punye alasan daa. Nampak sgt pengundi PN & PH pemalas nak keluar mengundi :ROFLMAO:
matlamat d atercapai nk penjarakn najib. x kuar ngundi pun x pe la
 
Back
Top
Log in Register