TengkuHaadi
Active+ Member
- Messages
- 4,628
- Joined
- Mar 24, 2008
- Messages
- 4,628
- Reaction score
- 593
- Points
- 81
Khalifah Abbasiah bermula sekitar tahun 750 menggantikan Khalifah Umaiyah dan berakhir pada tahun 1517. Zaman kegemilangan Abbsiah adalah semasa pemerintahan Al-Mansur (Tahun 754 – 775), Harun Al-Rashid (Tahun 786 – 809) dan Al-Ma'mun (Tahun 813 – 833).
Zaman Kemunduran
Bibik-bibik kegemilangan Khalifah Abbasiah mula menurun bila semakin banyak wilayah-wilayah empayer Abbasiah yang mula menuntut pemerintahan autonomi dan bebas dari kekangan kerajaan pusat Abbasiah di Banghdad. Ditambah dengan kemunculan dinasti-dinasti baru di wilayah Anatolia di Turki, Iran dan Khorasan yang semakin kuat dari segi ketenteraan yng mengatasi kekuatan kerajaan pusat di Baghdad. Selain itu kemunculan Kekhalifahan Syiah di Mesir, utara Afrika dan kesinmbungan Khalifah Umayyah Sepanyol.
Kerajaan Pusat Abbasiah di Baghdad
Gabenor-gabenor wilayah empayer Abbasiah yang semakin berkuasa dari kawalan kerajaan pusat di Banghdad mahukan pengiktirafan daripada Khalifah supaya jawatan mereka diiktiraf berkuasa penuh di wilayah masing-masing atau mereka bertindak keluar menjadi kerajaan bebas dari pengaruh kerajaan pusat di Baghdad.
Pemerintahan kerajan pusat Abbasiah di Baghdad pernah berada di bawah kawalan Dinasti Buyid, sebuah empire Syiah yang berkuasa di sekitar Iran dan Iraq selama 100 tahun.
Apabila pengaruh Buyids semakin melemah di Baghdad, Dinasti Seljuk Turk, sebuah kerajaan Sunni yang semakin berkuasa dan mula memainkan peranan mencampuri urusan pemerintahan kerajaan pusat Khalifah Abbasiah di Baghdad.
Pemerintahan pusat Khalifah Abbasiah di Baghdad berakhir apabila Khalifah Abbasiah terakhir, Al-Musta'sim berjaya ditawan oleh Hulagu Khan pada tahun 1258.
Kekhalifan Abbasiah Berpindah Ke Mesir
Kesultanan Mamluk Mesir yng bermula pada tahun 1250 berjaya menghalang kemaraan sepasukan kecil tentera Mongul yang cuba untuk menawan Mesir pada tahun 1260. Kesultanan Mamluk antara dinasti yang masih mengiktiraf kerajaan pusat Abbasiah di Baghdad telah melantik Al-Mustansir sebagai Khalifah baru Abbasiah yang berpusat di Mesir selepas kejatuhan kerajaan pusat Abbasiah di baghdad. Al-Mustansir adalah bapa saudara kepada Al-Musta'sim yang berjaya melarikan diri dari penjara semasa serangan Mongul di Baghdad pada tahun 1258.
Tentera Mamluk bersama-sama dengan Al-Mustansir cuba untuk menawan kembali Baghdad tetapi tidak berjaya dan Al-Mustansir terbunuh semasa cubaan serangan tersebut.
Jawatan Khalifah Abbasiah yang berpusat di Mesir diganti dengan salah seorang keturunan kerabat Abbasiah, Al-Hakim I yang mendakwa dari keturunan Khalifah Al-Mustarshid Billah (1092–1135).
Walaubagaimana pun, jawatan Khalifah Abbasiah di Mesir tidak mempunyai apa-apa kuasa melainkan sekadar simbol seorang Khalifah dan kekuasaan sebenar adalah di tangan Sultan Mamluk Mesir. Simbol seorng Khalifah Abbasiah ini hanya berjaya bertahan di bawah kekuasaan Kesultanan Mamluk Mesir sehingga tahun 1517.
Berakhirnya Kekhalifahan Abbasiah
Pada tahun 1517 Kesultanan Mamluk Mesir berjaya dikalahkan oleh Kesultanan Turki Uthmaniyyah iaitu Sultan Selim I.
Sultan Selim I menuntut supaya simbol seorang Khalifah diserahkan kepada Kesultanan Turki Uthmaniyyah. Al-Mutawakkil III, Khalifah Abbasiah terakhir yang berpusat di Mesir menyerahkan pedang dan jubah yang didakwa milik Nabi Muhammad sebagai simbol penyerahan HAK seorang Khalifah kepada Kesultanan Turki Uthmaniyyah.
Sultan Selim I, yang juga adalah cucu kepada Sultan Mehmet Al-Fateh menjadi Khalifah pertama daripada jurai Kesultanan Uthmaniyyah dan juga Khalifah pertama di luar keluarga Bani Quraish.