BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ini Dalam Sejarah, Al-Hakam II Naik Takhta Sebagai Khalifah Cordoba Pada 3 Ramadan 305H

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,260
Points
2,836
IMG_20240314_092027_735.jpg


Hari ini 1,095 tahun Hijrah yang lalu, Al-Hakam II naik takhta sebagai Khalifah Cordoba.

Beliau menjadi Emir ke-9 Empayar Umayyah & Khalifah ke-2 Cordoba menggantikan ayahnya, Abdurrahman III. Al-Hakam II memerintah selama 16 tahun dari 350H hingga 366H - singkat tetapi tempoh yang dianggap sebagai zaman gemilang keilmuan Islam di Sepanyol.

Al-Hakam II amat mencintai ilmu & sastera, membangunkan perpustakaan awam terbesar di Eropah pada ketika itu, mengandungi lebih 400,000 buku. Katalog buku di perpustakaan diraja sahaja sepanjang 44 jilid & sekitar 500 orang bekerja di situ.

Beliau juga menggerakkan usaha penterjemahan buku-buku Latin & Yunani ke bahasa Arab secara besar-besaran, membentuk jawatankuasa bersama yang dianggotai orang Islam Muwallad dengan Kristian Mozarab Iberia untuk usaha tersebut.

Selain cintakan buku & mahir dalam beberapa bidang ilmu seperti sains & sastera, Al-Hakam II juga amat memberi penekanan terhadap kepentingan sejarah. Malah beliau sendiri mengarang sebuah buku tentang sejarah kerajaan Islam Al-Andalus.

Al-Hakam II juga dikenang sebagai pemimpin terbilang dengan kemahiran diplomasi. Beliau berjaya menyelesaikan pertikaian antara negeri-negeri kecil Sepanyol bawah kekuasaannya, juga menjalin hubungan baik dengan kerajaan Katolik di utara Iberia.

Bawah pimpinan panglima Ghalib Abd al-Rahman, kerajaan Islam Cordoba era Al-Hakam II berjaya mengesahkan kekuasaan ke atas wilayah Afrika Utara selepas 4 tahun berperang dengan kerajaan Fatimiyyah di Maghribi.

Al-Hakam II meninggal dunia pada usia 61 tahun akibat angin ahmar, menyerahkan takhta kepada anaknya Hisham II yang berusia 11 tahun.

*Gambar: Tugu Al-Hakam II di Plaza Campo Santo de los Mártires, Cordoba.

Sumber: Al Arabiya, Republika ID, Britannica, Encyclopedia

#PeristiwaHariIni
 
Al-Hakam II amat mencintai ilmu & sastera, membangunkan perpustakaan awam terbesar di Eropah pada ketika itu, mengandungi lebih 400,000 buku. Katalog buku di perpustakaan diraja sahaja sepanjang 44 jilid & sekitar 500 orang bekerja di situ.
 
Back
Top
Log in Register