BTC USD 75,896.9 Gold USD 4,326.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cliff Young tempat pertama UltraMarathon hadiahkan duit kepada peserta lain

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,482
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,482
Reaction score
1,681
Points
201
6257885694257120633_121.jpg


Tahun 1983, sebuah perlumbaan paling gila di Australia berlangsung.

Ultramarathon Sydney ke Melbourne, sejauh 875 kilometer, antara perlumbaan paling mencabar di dunia.

Semua pelari profesional hadir, yang muda sado dan kelengkapan lengkap serta kasut running berjenama.

Kemudian, datang seorang lelaki tua, umur 61 tahun.
Memakai jaket hujan merah lusuh, seluar track koyak, dan kasut jogging murahan.

Kasut jogging biasa, bukan kasut sukan profesional.

Lebih tepat ia kasut larian murah, bukan jenama popular atau direka khas untuk ultramaraton.


Tidak ada sponsor brand seperti Nike, Adidas, Asics, dan sebagainya. Beliau hanya pakai apa yang beliau mampu dan biasa guna di ladang.

Beliau juga tidak pakai stoking tebal atau gear khas anti-blister, tapi masih mampu berlari lebih 875km tanpa cedera serius.

Namanya Cliff Young, pekerjaan sebagai peladang kentang. Beliau lahir 8 Februari 1922 di Beech Forest, Victoria, Australia.

Tiada jurulatih. Tiada pasukan. Tiada gigi palsu pun dia pakai masa lari, sebab katanya, “mengganggu bila saya berlari.”

Semua orang gelak. Wartawan tanya, “Encik Cliff, betul ke nak masuk? Ini bukan fun run…”

Dia senyum. “Saya biasa kejar kambing di ladang 2,000 ekar saya selama berhari-hari. Saya rasa saya boleh buat ni.”

Apa yang berlaku selepas itu, menggemparkan dunia.

Semua pelari tidur setiap malam. Cliff? Tak tidur.

Beliau terus berlari siang malam, 5 hari tanpa henti. Cuma ada berehat sekejab-sekejab.

Gaya larinya pelik, langkah kecil-kecil. Tapi stabil dan konsisten. Gaya uniknya digelar “Young Shuffle”, langkah pendek, konsisten, dan jimat tenaga.

Hari ke-5, beliau potong semua pelari profesional. Dan menang dengan menamatkan larian dalam 5 hari 15 jam 4 minit.

10 jam lebih cepat dari rekod!

Peristiwa ini sungguh ikonik kerana beliau underdog sejati. Semua orang meremehkannya pada awal mulanya.

Selain itu, beliau inspirasi sejagat, menunjukkan bahawa usia bukan penghalang untuk kejayaan.

Juga pencetus revolusi dalam teknik ultra-maraton. Selepas itu, pelari-pelari lain mula meniru teknik “tidur minimum” dan gaya larian “Young Shuffle”.

Berapa jumlah hadiah kemenangan? Cliff Young memenangi perlumbaan Sydney to Melbourne Ultramarathon 1983 dan dianugerahkan hadiah wang sebanyak:

AUD$10,000 (nilai besar pada zaman itu) fuhh.

Apa yang Cliff Young buat dengan duit itu? Inilah par paling menyentuh hati.

Beliau tidak ambil satu sen pun. Beliau dermakan semua AUD 10K kepada 5 pelari lain yang tidak menang.

Katanya: “Mereka berusaha keras juga. Saya tak masuk larian ini untuk duit.”

Tindakan ini menyebabkan ramai penonton menangis dan seluruh Australia jatuh cinta dengan Cliff.

Pelajaran kita boleh belajar dari kisah kemenangan Cliff, stamina yang di bina masa mudanya, guna apa yang ada, kerendahan hati, ketabahan hati dan ketahanan mental.
 
Back
Top
Log in Register