hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 20,991
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 20,991
- Reaction score
- 1,481
- Points
- 201
Kisah Tragis pembunuhan Pengasas Bank Melayu Pertama.
Walau bagaimanapun, bekas peguam dan pegawai daerah di Perak ini ditemui mati dalam keadaan sungguh tragis selepas tiga hari dilaporkan hilang.
Pada tahun 1946, Maarof mengambil langkah mengasaskan bank pertama untuk orang Melayu iaitu Malay National Bank bertempat di Klang Street. Bank tersebut ditubuhkan bersama rakannya, SM Leong dan beroperasi di bangunan sama dengan firma guaman mereka.
Menurutnya, untuk maju dalam politik, orang Melayu hendaklah mempunyai sistem ekonomi yang kukuh seperti sistem perbankan yang sistematik.
Walaubagaimanapun, niatnya itu mendapat tentangan sesetengah pihak dan mereka merasakan ianya menjadi saingan kepada dua bank di Tanah Melayu pada waktu itu, iaitu The Chartered Bank milik British dan bank milik Cina, Overseas Chinese Banking Corporation (OCBC). Di kedua buah bank ini Melayu tidak dibenar meminjam wang. Melayu hanya boleh meminjam wang dari ceti-ceti haram dengan bayaran bunga yang cukup tinggi.
Maarof Zakaria menjawab cabaran ini dengan menubuhkan bank untuk Melayu sahaja.
Pada bulan Julai, 1947 beliau secara rasmi telah membuka sebuah Bank yang dinamakan Bank Kebangsaan Melayu. Bank tersebut hanya mempunyai 2 juta saham yang hanya terbuka kepada orang-orang Melayu.
Pelanggannya juga terhad kepada orang-orang Melayu sahaja.
Untuk menyekat kemaraan ekonomi Melayu pada waktu itu, terdapat beberapa pihak telah merancang untuk menculik dan membunuh Maarof. Ancaman pertama pertama diperoleh beliau adalah sewaktu mangsa dan keluarga berpindah ke kediaman baru di Taman Seputeh, Jalan Klang Lama. Mereka telah diserang sekumpulan lelaki bersenjata.
Pada 4 Disember 1947, Maarof dilaporkan telah diculik ketika dalam perjalanan dari rumah di Kampung Baru, Kuala Lumpur ke rumah ibunya di Seremban. Selepas tiga hari diculik, mayat ditemui tergantung pada sebatang pokok dalam hutan. Lokasi mayat ditemui berhampiran Batu 13, Jalan Kuala Lumpur-Bentong, Pahang pada Sabtu, 7 Disember 1947.
Menurut laporan lagi, ketika itu mangsa memakai seluar Khaki dan jam berjenama Rolex masih berada di tangannya. Apa yang peliknya, tayar belakang dan tayar simpanan kenderaannya telah hilang.
Difahamkan, sebelum kejadian culik, mangsa telah membeli sebidang tanah dusun yang dianggarkan seluas 0.8 hektar di kawasan bukit. Kawasan itu mempunyai dua unit rumah setingkat berhampiran dengan Sekolah Melayu Seputeh.
Keberadaan kereta mangsa menjadi petunjuk kepada kes ini. Persoalan mula timbul apabila kereta ditemui di Pahang sedangkan mangsa ke Seremban.
Polis percaya mangsa ditahan beberapa individu sebelum dibawa menuju ke Bentong. Kereta kemudiannya ditinggalkan di penghujung jalan mati, dekat dengan km13, Jalan Kuala Lumpur-Bentong.
Selepas melakukan pencarian, pihak polis menemui mayat mangsa tergantung pada sebatang pokok pada 7 Disember (Sabtu pagi).
Keesokan harinya, sebuah artikel bertajuk `Missing Banker Found Hanged in Jungle’ telah diterbitkan The Straits Times. Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Jalan Mohamaden, Ampang, Selangor.
Sehingga kini, kes pembunuhan ini masih menjadi misteri.
P/S: Maarof Zakaria merupakan bapa kepada pelakon terkenal negara suatu ketika dahulu, iaitu Arwahyarham Datuk Mustapha Maarof.
Sumber
Sembang Fakta