BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penyertaan Pejuang dalam PN demi penyatuan ummah, kata Mukhriz

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Penyertaan Pejuang dalam PN demi penyatuan ummah, kata Mukhriz​

f440269d-mukhriz-mahathir-pejuang-1.jpg

Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir berkata parti itu akan terus berpegang teguh kepada prinsip integriti, keadilan dan tadbir urus yang baik serta komitmen untuk memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata ketika negara berdepan pelbagai cabaran ekonomi, sosial dan keselamatan, keutamaan mesti diberikan kepada usaha penyatuan ummah serta membina kekuatan politik yang menawarkan kepimpinan yang lebih berwibawa.

Katanya, penyertaan itu juga selaras dengan pendirian Pejuang bahawa kepentingan agama, bangsa dan negara hendaklah mengatasi kepimpinan parti dan individu.

“Perbezaan pandangan tidak seharusnya menjadi penghalang kepada pembentukan sebuah saf perjuangan yang lebih besar demi masa depan negara.

“Semoga langkah ini menjadi titik permulaan kepada usaha lebih besar dalam menyatukan kekuatan umat dan membina Malaysia yang lebih stabil, selamat dan makmur,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Pejuang akan terus berpegang teguh kepada prinsip integriti, keadilan dan tadbir urus yang baik serta komitmen untuk memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Pengerusi PN, Ahmad Samsuri Mokhtar malam tadi mengumumkan Parti Wawasan Negara (Wawasan) dan Pejuang diterima masuk sebagai parti komponen.

Beliau berkata keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat tergempar majlis tertinggi PN malam tadi, dihadiri pemimpin PAS, Bersatu, Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia.

Parti Cinta Malaysia, yang permohonan untuk menyertai PN diterima, dijenamakan semula sebagai Wawasan selepas diambil alih oleh bekas timbalan presiden Bersatu, Hamzah Zainudin serta penyokong beliau.

Pejuang ditubuhkan oleh bekas pengasas Bersatu, Dr Mahathir Mohamad, selepas keahlian beliau dan penyokong dipecat Bersatu. Ia kini dipimpin oleh anaknya, Mukhriz.
 
Back
Top
Log in Register