BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wawasan enggan layan polemik Bersatu, pertahan penyertaan dalam PN

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Wawasan enggan layan polemik Bersatu, pertahan penyertaan dalam PN​

e9bcf38a-wan-ahmad-faysal-fb-parlimen-250626.jpg

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata parti itu tidak berhasrat melayan isu sengaja dicipta Bersatu untuk mengalihkan perhatian daripada perjuangan sebenar. (Gambar Facebook)

Ketua Penerangan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata parti itu tidak berhasrat melayan isu yang didakwanya sengaja dicipta untuk mengalihkan perhatian daripada perjuangan sebenar.

“Yang lebih penting ialah bagaimana kita bersama membina Malaysia yang lebih baik,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Bersatu membantah kemasukan Parti Cinta Malaysia (PCM) ke dalam PN, dengan Naib Presidennya Ahmad Faizal Azumu mendakwa permohonan parti itu tidak teratur dan boleh menambah masalah dalaman gabungan berkenaan.

PCM kini dikenali Wawasan selepas dijenamakan semula yang menurut Presiden Hamzah Zainudin diluluskan pada mesyuarat khas perwakilan, Sabtu lalu.

Mengulas persoalan teknikal mengenai kedudukan parti itu, Wan Fayhsal berkata mesyuarat khas perwakilan PCM itu dilaksanakan secara tertib dan mengikut sepenuhnya lunas perundangan berkuat kuasa.

Katanya, mesyuarat itu sebulat suara bersetuju menamakan semula PCM sebagai Parti Wawasan Negara, yang mencerminkan semangat baharu, visi lebih luas, serta komitmen terhadap perpaduan rakyat Malaysia.

Beliau berkata Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 memperuntukkan keputusan dalaman sesebuah pertubuhan berdaftar adalah muktamad, termasuk pelantikan pemegang jawatan dan keputusan berkaitan perlembagaan parti.

“Peranan ROS pula adalah mengemas kini daftar pertubuhan, bukan mempertikai atau membatalkan keputusan yang dibuat secara sah mengikut perlembagaan parti,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register