BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wawasan perlu ruang pengaruhi dasar PN, kata penganalisis

afwan83

Active+ Member
Messages
3,223
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,223
Reaction score
12
Points
25

Wawasan perlu ruang pengaruhi dasar PN, kata penganalisis​

c53c2af3-db52-4d2d-b2e3-dd7f558c9acb-Parti-Wawasan-Negara-fb-080926-1.jpg

Wawasan berpotensi menjadi saluran PN untuk mendekati pengundi Melayu sederhana, golongan profesional, anak muda bandar dan sebahagian pengundi bukan Melayu, kata Awang Azman Awang Pawi. (Gambar Facebook)

Tawfik Yaakub dari Universiti Malaya (UM) berkata, Wawasan perlu mempunyai suara politik sendiri jika mahu membina identiti berbeza daripada komponen PN lain.

Katanya, prinsip politik berteraskan moral dan undang-undang yang diketengahkan parti itu juga perlu diterjemahkan kepada tawaran dasar jelas dalam isu dekat dengan rakyat.

Antaranya kos sara hidup, peluang pekerjaan, perumahan, pendidikan dan tadbir urus.

“Jika Wawasan mahu menarik pengundi sederhana, PN juga perlu memberi ruang sebenar kepada parti itu membentuk dasar dan naratif gabungan,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Wawasan Saifuddin Abdullah pada 28 Ogos lalu yang parti itu mahu mencapai kemenangan di Putrajaya menerusi pendekatan berlandaskan undang-undang dan moral.

Wawasan adalah penjenamaan semula Parti Cinta Malaysia (PCM) selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) meluluskan pertukaran nama, logo dan pindaan perlembagaannya berkuat kuasa 6 Julai lalu.

Parti diterajui Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin turut diterima menjadi sebahagian komponen PN.

Awang Azman Awang Pawi pula berkata, Wawasan berpotensi menjadi saluran PN untuk mendekati pengundi Melayu sederhana, golongan profesional, anak muda bandar dan sebahagian pengundi bukan Melayu.

Bagaimanapun, penganalisis dari UM itu berkata Wawasan perlu membuktikan identiti tersendiri dan tidak sekadar berperanan sebagai ‘wajah sederhana’ PN.

Katanya, parti itu turut berdepan cabaran membawa pendekatan lebih sederhana dan terbuka dalam gabungan yang turut dianggotai PAS, sebuah parti yang lebih sinonim dengan politik Melayu-Islam.

“Namun perbezaan itu boleh diurus sekiranya Wawasan mempunyai ruang sebenar untuk mempengaruhi dasar dan hala tuju PN, bukannya sekadar menjadi pelengkap gabungan.

“Wawasan perlu ada pembezaan tanpa percanggahan. Jika retorik atau dasar PN lebih banyak ditentukan komponen dominan, identiti Wawasan mudah tenggelam,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register