BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penyelia Tapak Berdepan Empat Pertuduhan Terima Wang Haram RM1.9 Juta

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Penyelia Tapak Berdepan Empat Pertuduhan Terima Wang Haram RM1.9 Juta​

dcf34ef8ec47eeaf542b292ab83b6e686a72dd6783c02

Penyelia tapak Law Tuan Hai, 62, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan memindahkan wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM2 juta, pada Oktober 2023.

Tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM30,000 dengan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan, menyerahkan pasport dan tidak mengganggu saksi secara langsung atau melalui pihak ketiga. Mahkamah menetapkan kes disebut semula pada 2 September depan.

--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Seorang penyelia tapak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah hampir RM1.9 juta, tiga tahun lepas.

Law Tuan Hai, 63, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Shahrul Rizal Majid.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, Law didakwa menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM300,000, RM100,000 dan RM1.14 juta menerusi cek secara berasingan daripada sebuah syarikat selepas dengan curangnya memperdayakan seorang lelaki berusia 49 tahun untuk memindahkan wang tersebut ke akaun semasa miliknya.

Law didakwa menipu mangsa dengan memperdayakannya supaya mempercayai tertuduh menjual satu lot tanah di Rembau, sedangkan dia bukan pemilik sah hartanah tersebut.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah bank di Bahau, Jempol antara  5 hingga 11 Dis 2023.

Bagi pertuduhan keempat, Law yang diwakili peguam Raqib Osman didakwa melakukan perkara sama dengan menerima sejumlah wang RM338,000 daripada seorang lelaki berusia 54 tahun bagi tujuan penjualan lot tanah di lokasi yang sama pada 7 Dis 2023.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Akta Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya Nurliana R.Azmi menawarkan jaminan RM30,000 bagi setiap pertuduhan serta mengemukakan permohonan supaya empat pertuduhan itu dibicarakan bersama di Mahkamah Sesyen Georgetown, Pulau Pinang memandangkan kes predikat berhubung kes itu dipertuduhkan di mahkamah tersebut semalam.

 
Back
Top
Log in Register