kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,699
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,699
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
PGA Laksana Empat Operasi Termasuk Pembalakan Haram, Rampas Lebih RM1.9 Juta
SAC Ahmad Radzi Hussain
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara melaksanakan empat operasi secara berasingan melibatkan kes dadah, pendatang tanpa izin, air ketum dan pembalakan haram di Kelantan dengan rampasan keseluruhan berjumlah RM1.93 juta.
Komander PGA Briged Tenggara SAC Ahmad Radzi Hussain berkata penguatkuasaan itu dilakukan menerusi Ops Taring Wawasan Kelantan (OTWK) dan Ops Bersepadu Khazanah (OBK) yang melibatkan kerjasama pelbagai agensi keselamatan.
"Kes pertama pada 18 Mei lepas melibatkan rampasan satu beg plastik mengandungi lima botol lutsinar berisi cecair dadah jenis mushroom sebanyak 50,400 milimeter di hadapan Politeknik Kota Bharu kira-kira 6 petang, selepas menahan seorang lelaki yang ketika itu berada di atas sebuah motosikal di bahu jalan dalam keadaan mencurigakan.
"Suspek berumur 32 tahun yang berasal dari Perlis itu kemudiannya membawa anggota ke sebuah rumah di Kampung Wakaf Stan, Kota Bharu sebelum menemukan barang tambahan lain, iaitu sebuah telefon bimbit jenis Iphone 17 Promax dengan nilai rampasan RM762,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata bagi kes kedua, sebanyak 19 warga Myanmar terdiri daripada 13 lelaki dan enam wanita berumur antara 17 hingga 40 tahun ditahan berdekatan dengan Kampung Jeram Perdah, Pasir Mas pada 20 Mei.
Ahmad Radzi berkata kesemua suspek yang ditahan memasuki Malaysia melalui laluan tidak diwartakan dan kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
"Pada hari sama kira-kira 1.30 tengah hari, pihak kami berjaya melumpuhkan kegiatan pemprosesan dan penjualan air ketum dalam dua operasi berasingan di Kampung Pulau Pisang dan Pulau Pak Amat, di sini.
"Hasil keseluruhan operasi berjaya merampas pelbagai peralatan memperoses ketum dan 623 bungkusan air ketum (623 liter) serta 268 kilogram daun ketum dengan nilai rampasan dianggarkan RM58,930," katanya dan menambah kegiatan itu dipercayai aktif sejak tiga tahun lepas.
Beliau berkata suspek yang ditahan dipercayai bekerja memproses ketum secara separuh masa dengan upah harian dan produk itu dijual kira-kira RM10 sebungkus untuk pasaran tempatan.