BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Norliza Didakwa Lagi, Kali Ini Libat Wang Haram RM13.4 Juta

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Norliza Didakwa Lagi, Kali Ini Libat Wang Haram RM13.4 Juta​

5cf981137f8e97274303b3791adf9bf45e3a410945855


Seorang pengarah syarikat pelaburan yang telah didakwa atas pertuduhan pecah amanah, sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 10 pertuduhan menerima wang berjumlah RM13.4 juta hasil aktiviti haram.

Datuk Norliza Tajudin, 54, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Wanita itu didakwa menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM13.4 juta menerusi cek dan pindahan dalam talian daripada akaun bank milik syarikat Energy Eco Bhd.

Wang itu didakwa dipindahkan ke akaun bank peribadinya serta akaun milik syarikat Aura Emas Trading Sdn Bhd dengan Norliza ialah pengarah syarikat tersebut.

Kesalahan didakwa dilakukan di tiga cawangan bank di Taman Setiawangsa, Wangsa Melawati dan Bangsar di sini antara 1 Feb 2021 hingga 2 Feb 2024.

 
Back
Top
Log in Register