BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penyelarasan Sementara Subsidi Bahan Api Imbangi Kebajikan Rakyat, Fiskal Negara - Penganalisis

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,711
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,711
Reaction score
97
Points
80
a606f0fa075832cdc7256174cdf5317369c732b1c92d4

fbd82b00ffe00e5fc03be4e10195e51469b225758af5f

5d09a3094868642c4340d69372c182c069c73cf3e61a6

7c80fdb6c47aea1f2ba595954aede96969c73d26db033

2cbff7df7bdb3fa0704cdf5d909117e269c73d432984f

Harga bahan api di Asia Tenggara kini menunjukkan peningkatan, dengan perbezaan antara negara ASEAN dipengaruhi oleh dasar subsidi, struktur cukai serta turun naik harga minyak global.

Di Malaysia, petrol RON95 bersubsidi kekal pada RM1.99 seliter, menjadikannya antara yang termurah di rantau ini walaupun harga minyak mentah dunia meningkat.

Pada Khamis, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan penyelarasan sementara kuota Program Budi MADANI RON95 (BUDI95) daripada 300 liter kepada 200 liter.

--fotoBERNAMA (2026) HAKCIPTA TERPELIHARA


Langkah strategik kerajaan menyelaras sementara mekanisme subsidi bahan api dilihat sebagai usaha mencari titik keseimbangan antara kebajikan rakyat dan disiplin fiskal negara dalam berdepan kesan ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Mujibu Abd Muis berkata penyelarasan sementara Program Budi MADANI RON95 (BUDI95) yang berkuat kuasa 1 April ini disifatkan langkah penting ke arah subsidi bersasar bagi mengelakkan ketirisan dan memastikan sumber fiskal digunakan secara optimum.

Beliau berkata secara prinsipnya langkah ini boleh dianggap tepat dan bersifat responsif, terutama dalam konteks ketidaktentuan harga tenaga global.

“Krisis Asia Barat memberi tekanan kepada harga tenaga global yang bersifat luaran dan langkah kerajaan ini dilihat mampu mengurangkan impak secara relatif, bukan menghapuskannya sepenuhnya.

“Intervensi seperti subsidi bersasar dan kawalan harga membantu menyerap sebahagian kejutan kos, khususnya kepada golongan rentan...dalam keadaan ekonomi ketika ini subsidi pukal tidak lagi mampan, maka peralihan kepada subsidi bersasar adalah langkah reformasi yang perlu, walaupun tidak popular,” katanya kepada Bernama.

Pada Khamis lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beberapa langkah strategik negara bagi memperkukuh kesiapsiagaan Malaysia dalam menghadapi krisis tenaga global berikutan konflik di Asia Barat, antaranya harga subsidi petrol BUDI95 dikekalkan RM1.99 seliter dengan penyelarasan sementara kuota bulanan daripada 300 liter kepada 200 liter.

Selain itu, had siling subsidi bersasar petrol RON95 bagi e-hailing dan pekerja gig juga dikekalkan hingga 800 liter, sementara rakyat di Sabah dan Sarawak akan terus menikmati diesel subsidi pada RM2.15 seliter dan sektor perkhidmatan awam dibolehkan untuk bekerja dari rumah secara berperingkat dan terpilih.

Mengulas lanjut, Mujibu berkata penyelarasan sementara BUDI95 bagimanapun akan berdepan cabaran tersendiri termasuk wujud kumpulan ‘tersepit’ yang tidak miskin secara statistik tetapi terkesan secara nyata kerana isu penggunaan melebihi 300 liter.

 
Back
Top
Log in Register