BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Kekal Subsidi Bahan Api, Bukti Kebajikan Rakyat Sentiasa Jadi Keutamaan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,771
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,771
Reaction score
289
Points
146

Kerajaan Kekal Subsidi Bahan Api, Bukti Kebajikan Rakyat Sentiasa Jadi Keutamaan​

ea9923269f3944d898acd50f62c49f5369d89fd77d08b


Komitmen kerajaan untuk terus menanggung kos subsidi bahan api dilihat mampu membantu rakyat dan mengekang tekanan inflasi, sekali gus menjadi perisai utama negara dalam menghadapi impak krisis bekalan global.

Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Dr T. Saravanan berkata pihaknya menyambut baik inisiatif Kerajaan MADANI itu kerana ia memberikan keyakinan kepada pengguna bahawa kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan negara.

Beliau berkata pengekalan harga minyak pada kadar semasa amat membantu dalam pengurangan tekanan kos pengangkutan dan logistik, selain menjadi komponen utama dalam rantaian bekalan bagi mengelakkan kenaikan harga barangan keperluan harian.

“Namun, FOMCA berpandangan bahawa harga bahan api bukan satu-satunya faktor yang menentukan harga barang.

“Pengguna masih berdepan dengan cabaran daripada kos makanan, sewaan premis, tenaga, upah dan pelbagai kos operasi lain yang turut mempengaruhi harga di pasaran. Bagaimanapun, mengekalkan harga RON95 boleh bertindak sebagai penampan kepada inflasi,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Mohd Shukor Harun berpandangan komitmen kerajaan itu ialah satu tindakan yang bertanggungjawab, terutama bagi mengurangkan beban kewangan golongan B40 dan M40.

"Namun, dari sudut dasar awam, mekanisme subsidi pukal sedia ada bersifat regresif kerana turut dinikmati oleh golongan kaya.

“Sekiranya subsidi ini dikekalkan ketika harga minyak mentah dunia melonjak, defisit fiskal negara akan melebar dan perbelanjaan ini akan memakan ruang peruntukan yang sepatutnya disalurkan untuk sektor pembangunan, pendidikan, dan kesihatan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register