combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,160
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,160
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Pentadbiran Kerajaan Melaka Berjalan Seperti Biasa - Ab Rauf
--kredit FB Ab Rauf Yusoh
Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka akan terus berjalan seperti biasa walaupun DAP menarik diri daripada kerajaan negeri dan melepaskan semua jawatan dalam pentadbiran, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Ab Rauf berkata urusan pentadbiran, pembangunan dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat tidak akan terjejas susulan keputusan itu.
Beliau memberi jaminan kepada rakyat, penjawat awam, komuniti perniagaan dan pelabur bahawa kerajaan negeri akan terus berfungsi seperti biasa serta bekerja lebih tersusun demi memenuhi amanah rakyat.
“Kerajaan negeri tidak akan memanjangkan polemik atau mempertikaikan hak mana-mana parti untuk membuat keputusan berdasarkan prinsip masing-masing.
"Kita mungkin tidak lagi bersama dalam pentadbiran kerajaan negeri, tetapi tidak perlu menjadi musuh dalam usaha membela kepentingan rakyat Melaka," katanya pada sidang akhbar di Kompleks Seri Negeri, di Ayer Keroh hari ini.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada wakil DAP atas kerjasama yang diberikan sepanjang bersama mentadbir negeri.
Ab Rauf berkata kerajaan negeri akan terus mengekalkan hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan demi kepentingan Melaka.
Mengulas gesaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya rundingan diadakan, beliau berkata keputusan DAP telah dimuktamadkan apabila surat peletakan jawatan diserahkan sejurus selepas sidang media parti itu semalam, sekali gus menyebabkan rundingan tidak lagi dapat diteruskan.
Ab Rauf berkata jawatan Exco yang kosong tidak akan diisi buat masa ini, sebaliknya tugas berkenaan dipangku sementara oleh anggota pentadbiran sedia ada.