BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peniaga terima wang menerusi DuitNow QR akan dicaj bermula 1 November

Padan muka

Dulu Shopee pay. Ada peniaga ambik duit Cash dari kad kredit dgn scan duit now qr.

Point kad kredit dpt, Cash dpt.
Itu sbb flaw. Ghairah nak buat shopping app tapi features yg develop sendiri pun tak habis kaji lagi. Itu mmg padan muka la.
 
Paynet beri penjelasan yuran transaksi DuitNow QR
bernama.png

Bernama
Diterbitkan: Sep 28, 2023 3:53 PM

Dikemaskini: 3:53 PM



Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) hari ini menjelaskan mengenai pengenaan yuran transaksi untuk pembayaran DuitNow QR dan transaksi yang dibuat dengan kad kredit berkuat kuasa 1 Nov 2023.

Dalam satu kenyataan hari ini, pengendali DuitNow QR itu mengesahkan bahawa vendor akan dikenakan yuran transaksi untuk pembayaran yang diterima melalui platform kod DuitNow QR tetapi terdapat beberapa kekeliruan yang perlu dijelaskan.

“Kebimbangan dibangkitkan mengenai kesan yuran yang bakal dikenakan ke atas peniaga dan impak kepada harga barangan dan perkhidmatan boleh difahami. Bagaimanapun, dua jenis e-pembayaran yang berbeza telah disifatkan oleh media sebagai sama, iaitu kadar diskaun pedagang (MDR) dan yuran 50 sen untuk transaksi melebihi RM5,000.

“Liputan tersebut telah secara tidak tepat menggambarkan dua jenis e-pembayaran yang berbeza sebagai satu yang sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.




PayNet berkata demikian sebagai mengulas mengenai laporan media tentang sebuah institusi perbankan tempatan yang memaklumkan pelanggannya mengenai pengenaan yuran transaksi untuk pembayaran DuitNow QR dan transaksi yang dibuat dengan kad kredit berkuat kuasa 1 Nov 2023 dan beberapa bank kononnya tidak tahu menahu perkara ini.

PayNet berkata seorang peniaga akan menerima bayaran yang dibuat oleh pelanggan mereka selepas ditolak MDR.

“Pada masa ini pembayaran kad debit dan kredit dikenakan MDR manakala terdapat penepian MDR pada pembayaran QR. Mulai 1 Nov, penepian MDR untuk pembayaran DuitNow QR ini akan ditarik balik,” katanya.

Sebaliknya, ia menambah yuran 50 sen untuk urus niaga melebihi RM5,000 adalah sebenarnya untuk pemindahan dana rakan setara (peer-to-peer) daripada QR peribadi ke QR peribadi lain, bukan pembayaran kepada peniaga.



“Ini sama sekali tidak berkaitan dengan pembayaran QR kepada pedagang dan kedua-dua yuran tidak akan dikenakan untuk transaksi yang sama dalam apa-apa situasi,” kata PayNet.

Ia seterusnya menjelaskan MDR terkumpul akan dikongsi antara PayNet dan bank pemeroleh yang berkaitan atau pemeroleh pihak ketiga untuk menampung penyelenggaraan rangkaian serta kos ditanggung oleh bank dan pemeroleh pihak ketiga untuk memperoleh penyertaan peniaga bagi menikmati perkhidmatan ini.

“Sebagai insentif galakan penggunaan ketika tempoh pengenalan pembayaran QR pada 2019, MDR telah diketepikan. Penepian ini dilanjutkan lagi berikutan penularan pandemik COVID-19. Ia bukanlah suatu yuran baharu mahupun caj tambahan,” jelas pengendali itu.

Ia berkata 1 Nov 2023 adalah permulaan kepada penamatan pengecualian MDR yang sepatutnya dilakukan lebih sembilan bulan yang lalu.

Selain itu, dana rizab bakal diwujudkan dengan MDR yang dikutip oleh PayNet untuk memberi insentif kepada pemeroleh supaya tidak mengenakan sebarang MDR kepada para peniaga kecil.

“Walaupun PayNet tidak berada dalam kedudukan untuk menentukan harga pasaran yang dikenakan kepada peniaga, beberapa bank pemeroleh dan pemeroleh pihak ketiga berhasrat untuk sama ada terus menangguhkan pengenaan MDR atau menyerapnya untuk peniaga kecil.

“Dalam hal ini, peniaga perlu menyemak dengan bank atau pemeroleh pihak ketiga mereka untuk mengesahkan perkara ini,” katanya.

Mengenai caj 50 sen pula, PayNet menjelaskan adalah tidak tepat untuk menyatakan caj dikenakan kepada pembayaran yang dibuat kepada peniaga dan juga tidak tepat untuk menyatakan MDR dicaj untuk pemindahan dana menggunakan QR peribadi.




“Caj 50 sen itu adalah untuk pemindahan dana melebihi RM5,000 menggunakan DuitNow QR peribadi,” katanya


Pembelian guna kad kredit, debit sudah tertakluk kepada MDR
PayNet turut menjelaskan pembelian menggunakan kad kredit dan debit sudahpun tertakluk kepada MDR. Produk dan perkhidmatan yang dibeli dengan kad kredit atau debit adalah pada harga yang sama dengan pembelian tunai.
“Oleh itu, kami tidak menjangkakan harga barangan dan perkhidmatan akan terjejas oleh pembelian menggunakan DuitNow QR selepas MDR dikenakan,” tegasnya.

Berkaitan dakwaan urus niaga secara tunai adalah percuma, PayNet berkata kajian oleh firma penyelidikan global Roubini Thoughtlab pada 2018 mengesahkan bahawa tanggapan ini jauh tersasar kerana anggaran faedah dari tanpa penggunaan tunai kepada para perniagaan jauh melebihi kos.

“Manfaat bersih terkumpul 15 tahun (2017-2032) dianggarkan sekitar US$4.2 bilion (US$1=RM4.705) berikutan penjimatan daripada pengurangan kerja manual dan faedah dari e-pembayaran (iaitu peningkatan faedah/kadar keuntungan bank yang diperoleh, tiada penyesuaian manual, tiada kerugian berkaitan kekurangan, pengurangan keperluan pekerja dan penjimatan daripada mengendalikan wang tunai),” katanya.

Menurut PayNet, sebarang perbincangan atau dialog mengenai perkara ini harus berteraskan pemahaman yang tepat, betul dan termaklum sepenuhnya berasaskan fakta sahih dan cara sebenar bagaimana industri pembayaran digital beroperasi.
- Bernama
 
1695893788176.png



Caj DuitNow: PayNet, bank perlu terus ditekan- Wee

Diterbitkan: Sep 28, 2023 4:49 PM

Dikemaskini: 4:49 PM



Presiden MCA Wee Ka Siong menggesa pengendali platform DuitNow QR dan bank agar tidak mengenakan caj kadar diskaun pedagang (MDR) bagi mengelakkan pengguna terutama peniaga kecil terjejas.

Wee berkata, sebaliknya Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) dan bank perlu meneruskan penepian (waiver) MDR yang dilaksanakan sejak 2019.

"Keuntungan bank-bank sudah sangat tinggi. Mereka sepatutnya teruskan penepian bagi pengguna DuitNow QR yang kebanyakannya adalah dari peniaga kecil yang akan menerima bayaran tunai sekiranya mereka tidak mengguna DuitNow QR.

"Jadi bank juga akan menerima manfaat dari pengurangan kos pengendalian wang tunai sekiranya peniaga lebih mengguna kaedah DuitNow QR berbanding wang tunai. Penepian ini juga adalah seiring dengan usaha digitalisasi kerajaan, katanya.




Menurut Wee kenyataan media PayNet hari ini mengesahkan bahawa memang terdapat pengenaan caj MDR tetapi ia diberi penepian sehingga 1 November 2023.

"Kalau pihak media, wakil rakyat dan para peniaga tak buat bising dan protes semalam, saya yakin caj kepada peniaga (MDR) akan dikenakan mulai pada 1 November 2023 tanpa pertimbangan langsung dari pihak bank.
"Terbaru CIMB telah bersetuju memberi penepian MDR untuk tempoh 2 bulan lagi mulai 1 November 2023. Di samping itu, satu lagi berita baik yang diumumkan oleh Public Bank bahawa banknya juga memberi pengepian MDR sehingga satu tarikh yang diberitahu kelak," katanya.

Dia berkata demikian ketika mengulas kenyataan PayNet hari ini yang mengesahkan mengenai pengenaan caj MDR, tetapi diberi peenepian sehingga 1 November 2023.




Bagaimanapun, PayNet berkata caj MDR bukan merupakan perkara baru atau caj tambahan kerana ia dikecualikan ketika tempoh pengenalan aplikasi itu pada 2019, bagi menggalakkan penggunaannya.

"Pada masa ini pembayaran kad debit dan kredit dikenakan MDR sedangkan terdapat penepian MDR pada pembayaran QR.

"Penepian MDR sepatutnya berakhir sejak sembilan bulan lalu," kata PayNet.
Pada Selasa lalu, portal Malaysianow melaporkan peniaga yang menerima pembayaran melalui DuitNow akan dikenakan caj transaksi mulai 1 November.

Portal berita itu juga melaporkan tiada caj dikenakan sebelum ini untuk transaksi DuitNow QR di bawah RM5,000 manakala terdapat bayaran tetap sebanyak RM0.50 ditanggung untuk transaksi melebihi RM5,000.

Sebagai respons, PayNet hari ini berkata yuran 50 sen untuk urus niaga melebihi RM5,000 adalah sebenarnya untuk pemindahan dana rakan setara (peer-to-peer) daripada QR peribadi ke QR peribadi lain, bukan pembayaran kepada peniaga.

“Ini sama sekali tidak berkaitan dengan pembayaran QR kepada pedagang dan kedua-dua yuran tidak akan dikenakan untuk transaksi yang sama dalam apa-apa situasi,” kata PayNet.
 

Bank wajar terus kecualikan caj QR DuitNow​

September 28, 2023 @ 5:36pm


Pengguna kod QR DuitNow kebanyakannya terdiri daripada peniaga kecil -NSTP/Eizairi Shamsudin
Pengguna kod QR DuitNow kebanyakannya terdiri daripada peniaga kecil -NSTP/Eizairi Shamsudin

KUALA LUMPUR: Bank-bank sepatutnya meneruskan pengecualian caj, iaitu kadar diskaun peniaga (MDR) bagi pengguna kod QR DuitNow yang kebanyakannya terdiri daripada peniaga kecil yang akan menerima bayaran tunai sekiranya mereka tidak menggunakan kemudahan itu.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata bank juga akan menerima manfaat daripada pengurangan kos pengendalian wang tunai sekiranya peniaga lebih menggunakan kaedah DuitNow QR berbanding wang tunai.

"Penepian (pengecualian caj) ini juga adalah seiring dengan usaha digitalisasi kerajaan," katanya dalam satu hantaran di laman sosialnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam berkata, beberapa bank telah mengeluarkan kenyataan untuk melanjutkan tempoh pengecualian MDR.




Katanya, terbaharu, CIMB telah bersetuju memberi pengecualian MDR untuk tempoh dua bulan lagi mulai 1 November 2023.

Di samping itu, katanya satu lagi berita baik yang diumumkan oleh Public Bank bahawa ia juga memberi pengecualian MDR sehingga satu tarikh yang diberitahu kelak.

"Jika pihak media, wakil rakyat dan peniaga tak buat bising dan protes, saya yakin caj kepada peniaga (MDR) akan dikenakan mulai 1 November 2023 tanpa pertimbangan langsung daripada pihak bank.
"Tahniah kepada mereka yang bersuara. Berbaloi," katanya.

Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) hari ini mengesahkan vendor yang menerima pembayaran menerusi platform kod QR DuitNow akan dikenakan caj mulai 1 November ini.

Dalam satu kenyataan, PayNet berkata, terdapat dua e-pembayaran berbeza dikenakan caj, iaitu kadar diskaun peniaga (MDR) dan fi 50 sen bagi transaksi melebihi RM5,000.

"Mulai 1 November, pengecualian MDR untuk pembayaran menerusi kod QR DuitNow berakhir. Ketika ini, pembayaran kad debit dan kredit tertakluk kepada MDR, manakala terdapat pengecualian MDR untuk pembayaran QR," katanya.

PayNet berkata, MDR bukanlah caj baharu atau tambahan, sebaliknya insentif untuk menggalakkan penggunaan pembayaran kod QR yang diperkenal pada 2019 dengan MDR telah dikecualikan.
"Pengecualian ini dilanjutkan lagi berikutan COVID-19," katanya.
 
Kalau traksaksi sebanyak 1 juta maknanya kena cas rm100 kan?..... Zalim betul baru nak jadi jutawan kena rompak rm100..
 
Betul² MAHALDAHNI....belum pernah ada sejarah buruk mcm apa yg berlaku sekarang ni..kenaikan bahan mentah yg mengila..rakyat bertumbuk berebut beras..1 paket sos kena can rm1🤣🤣🤣..
Lingkup²
 
Back
Top
Log in Register