BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peniaga Rugi RM109,750 Ditipu Penjual Kereta Dalam Talian

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Peniaga Rugi RM109,750 Ditipu Penjual Kereta Dalam Talian​

bf988c9268d4a8b7ecd966a4df0103c967b73f1965b1c


Polis mengesahkan seorang peniaga kerugian RM109,750 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian bagi pembelian kenderaan mewah yang didakwa berlaku antara April hingga Jun lepas.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias berkata pihaknya menerima laporan daripada lelaki tempatan berusia 48 tahun itu kira-kira 11.30 malam semalam.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa tertarik dengan iklan di Facebook pada 9 April lepas, yang menawarkan sebuah kereta Toyota Alphard keluaran 2021 pada harga RM133,000 oleh sebuah syarikat di Kuala Lumpur.

“Mangsa kemudian berurusan dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp dan diminta mengemukakan dokumen bagi tujuan permohonan pinjaman.

“Suspek memaklumkan permohonan pinjaman telah diluluskan, namun mangsa diarahkan membuat pelbagai bayaran, kononnya bagi tujuan deposit, urusan JPJ, cukai SST, cukai LHDN, kastam, skor kredit, bayaran balik, surat pindah milik serta pembatalan pinjaman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhamad Rizal berkata mangsa membuat 22 transaksi pembayaran ke beberapa akaun bank berbeza dari 9 April hingga 25 Jun, membabitkan kerugian keseluruhan RM109,750.

Beliau berkata selepas membuat bayaran terakhir sebanyak RM11,450 kononnya bagi proses pembatalan pinjaman, suspek masih meminta bayaran tambahan RM7,000 sebelum kenderaan dihantar.

“Mangsa kemudian menyedari dirinya ditipu apabila kenderaan yang dijanjikan tidak diterima dan wang yang dibayar tidak dipulangkan,” katanya.

Menurut Muhamad Rizal, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

 
skng zaman AI , lagi nak senang scammer buat kerja

aku dah buat backtest..bahaya dah lebih complex cara scam org
 
Back
Top
Log in Register