BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Konsultan Rugi RM690,500 Ditipu Pelaburan Dalam Talian

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,196
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,196
Reaction score
346
Points
141
4010b07cf5ec37cd23045341cc729c29689c8989b5caa

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail

Seorang konsultan sebuah syarikat swasta di sini kerugian RM690,500 setelah menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian sejak November lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata mangsa, seorang wanita berusia 71 tahun mendakwa telah melihat iklan pelaburan saham yang menawarkan keuntungan tinggi melalui aplikasi TikTok sebelum berhubung dengan suspek wanita melalui aplikasi WhatsApp.

“Suspek menjanjikan pulangan keuntungan 100 peratus dalam tempoh masa singkat. Mangsa yang berminat dengan pelaburan itu diminta memuat turun aplikasi QNTCX untuk mendaftar keahlian dan membuat pelaburan.

“Mangsa telah melakukan 20 transaksi kemasukan wang ke dalam empat akaun bank milik syarikat berbeza antara 10 Nov hingga 23 Dis 2025 berjumlah RM690,500,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azizee berkata mangsa menyedari telah diperdaya apabila tidak menerima keuntungan dijanjikan, malah diminta membuat pembayaran tambahan kononnya bagi tujuan pengeluaran keuntungan.

Beliau berkata warga emas itu kemudian membuat laporan di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, 29 Dis lepas.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register