BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jurutera Rugi Lebih RM27,000 Ditipu Sindiket Seks Dalam Talian

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80
d25c1e6279f46d3c8bb3990702941ecc60ea9d408846d


Seorang jurutera kerugian RM27,580 akibat terperdaya dengan sindiket penawaran khidmat seks dalam talian, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Hoo Chang Hook berkata lelaki berusia 28 tahun itu melayari aplikasi TikTok di kediamannya di Bangsar pada 8.22 pagi sebelum menekan satu pautan yang disambungkan ke aplikasi WhatsApp.

“Mangsa kemudiannya ditawarkan pakej dan mula berurusan dengan beberapa ejen menerusi tiga nombor telefon sebelum membuat 22 transaksi ke enam akaun berbeza dengan keseluruhan bayaran berjumlah RM27,580,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hoo berkata siasatan awal mendapati mangsa turut diancam akan dikenakan caj sekiranya membuat pembatalan tempahan dan ditularkan di media sosial jika enggan mengikut arahan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan pihaknya menasihati orang ramai agar berhati-hati kerana terdapat beberapa kes melibatkan modus operandi sama.

 
Back
Top
Log in Register