BTC USD 63,127.0 Gold USD 4,289.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peniaga koyak kertas kompaun

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpeg

Pemeriksaan dijalankan di 28 lokasi bazar Ramadan di bawah pentadbiran MPK.​

KUANTAN - Seorang peniaga di Bazar Ramadan Sungai Isap di sini bertindak biadab apabila mengoyakkan kertas kompaun yang dikeluarkan pegawai penguat kuasa Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dalam satu operasi yang dijalankan pada Jumaat lalu.

Peniaga lelaki terbabit dikenakan kompaun di atas kesalahan pembantu gerai tidak mempunyai kad kesihatan dan tidak mengambil suntikan.

Ekoran tindakan biadab itu, permit berniaga peniaga tersebut disita MPK.

Yang Dipertua MPK, Datuk Zulkifli Yaacob berkata, peniaga terbabit antara mereka yang dikenakan tindakan kompaun dalam operasi yang dijalankan sepanjang bulan Ramadan ini.

"Sebanyak 72 kompaun dikeluarkan kepada peniaga atas pelbagai kesalahan antaranya tiada kad kesihatan, tidak memakai penutup mulut dan melanggar syarat permit.

"Selain itu, tiga permit disita di Bazar Ramadan Mahkota Square kerana melanggar syarat manakala sebanyak 192 notis amaran turut dikeluarkan kepada peniaga di 28 lokasi yang terlibat," katanya.

Nurul berkata, MPK akan terus bertindak tegas terhadap peniaga bazar Ramadan yang tidak mematuhi peraturan.

Katanya, dengan 700 pegawai penguat kuasa yang ditempatkan di bazar terbabit, peniaga yang degil tidak akan terlepas dikenakan tindakan.

"Kita kesal dengan peniaga yang bertindak di luar kawalan dan tidak menolak kemungkinan mereka akan di senarai hitamkan pada tahun hadapan," katanya.
 
suntikan ni penting yang aku tau... boleh mengelakkan penyakit berjangkit menular ikut makanan.. gi je la cucuk.. tak bape inggit sgt
 
kt tmpat aku majlis x peduli semua ni, yg penting bayar sewa tapak, ikut suka la nk meniaga, kad apa pn dorg x peduli,.
 
rm100+ utk pemeriksaan biasa bserta suntiikan dn ujian sampel najis..sngup bahayakan nyawa pelanggan demi nak elak byr byk tu..
 
errr..marah betul saudara tu...siap koyak2 bagai...kurang pahala puasa...
sita lgi...
 
AKU SETUJU LA mpk WAT LAGU TU.
YG DIJUAL TU BENDA MAKAN SO KENALAH TELITI SKET DARI BAHAN SMP KE ORANGNYA.
 
hahahaa...tak pasal2 kena sita.....takziah.

dah buat salah tu takyah la tunjuk sgt hero kt dpn penguatkuasa tu.
kena kompaun kurang2 leh meniaga lagi...dah sita...apa citerr...
 
image.jpeg

Pemeriksaan dijalankan di 28 lokasi bazar Ramadan di bawah pentadbiran MPK.​

KUANTAN - Seorang peniaga di Bazar Ramadan Sungai Isap di sini bertindak biadab apabila mengoyakkan kertas kompaun yang dikeluarkan pegawai penguat kuasa Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dalam satu operasi yang dijalankan pada Jumaat lalu.

Peniaga lelaki terbabit dikenakan kompaun di atas kesalahan pembantu gerai tidak mempunyai kad kesihatan dan tidak mengambil suntikan.

Ekoran tindakan biadab itu, permit berniaga peniaga tersebut disita MPK.

Yang Dipertua MPK, Datuk Zulkifli Yaacob berkata, peniaga terbabit antara mereka yang dikenakan tindakan kompaun dalam operasi yang dijalankan sepanjang bulan Ramadan ini.

"Sebanyak 72 kompaun dikeluarkan kepada peniaga atas pelbagai kesalahan antaranya tiada kad kesihatan, tidak memakai penutup mulut dan melanggar syarat permit.

"Selain itu, tiga permit disita di Bazar Ramadan Mahkota Square kerana melanggar syarat manakala sebanyak 192 notis amaran turut dikeluarkan kepada peniaga di 28 lokasi yang terlibat," katanya.

Nurul berkata, MPK akan terus bertindak tegas terhadap peniaga bazar Ramadan yang tidak mematuhi peraturan.

Katanya, dengan 700 pegawai penguat kuasa yang ditempatkan di bazar terbabit, peniaga yang degil tidak akan terlepas dikenakan tindakan.

"Kita kesal dengan peniaga yang bertindak di luar kawalan dan tidak menolak kemungkinan mereka akan di senarai hitamkan pada tahun hadapan," katanya.

Tiba2 keluar Nurul?
 
Cantek tuh tmpt peniaga nih susun nasi..slalu tgk susun jerk atas meja...
 
Back
Top
Log in Register