BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MBKT Kompaun Penganjur Acara Hiburan Langgar Syarat Lesen

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,188
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,188
Reaction score
346
Points
141

MBKT Kompaun Penganjur Acara Hiburan Langgar Syarat Lesen​

d14bf948c22210da74c1e6e1606e05506a12f09937a6e

Lizan Che Mat. fb Urus Setia Penerangan Darul Iman - UPDI

Sebuah syarikat yang menganjurkan acara hiburan di bandar raya ini dikompaun kerana didapati melanggar syarat lesen ditetapkan pihak berkuasa tempatan.

Datuk Bandar Kuala Terengganu Lizan Che Mat berkata tindakan dibuat oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) selepas siasatan dijalankan terhadap rakaman video tular yang memaparkan gelagat tidak sopan pengunjung di satu majlis nyanyian di Dataran Shahbandar sehingga mengundang kecaman masyarakat.

Beliau berkata tindakan dikenakan mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2002 yang boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

"Kompaun telah dikeluarkan kerana berlaku ketidakpatuhan terhadap syarat lesen. Kelulusan lesen hiburan di bawah Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2002 mempunyai syarat tertentu yang wajib dipatuhi pihak penganjur," katanya ketika dihubungi hari ini.

Lizan berkata semua penganjur acara hiburan atau rekreasi di Terengganu diingatkan supaya sentiasa peka dan mematuhi garis panduan atau peraturan yang ditetapkan bagi menjaga keharmonian dan sensitiviti awam.

"Setiap permit atau lesen yang diluluskan bukan bermaksud penganjur bebas menjalankan acara tanpa kawalan. Mereka bertanggungjawab memastikan program berlangsung mengikut garis panduan yang ditetapkan.

"MBKT tidak menghalang sebarang program yang berpotensi memberi impak positif kepada rakyat, tetapi perlu berlangsung dalam ruang undang-undang ditetapkan," katanya.

 
Back
Top
Log in Register