BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengukuhan Ringgit Bantu Kawal Kos Perniagaan PMKS

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,160
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,160
Reaction score
346
Points
141
c79cf16ef3f652ad8a36be75cdb2e612684e33f9a0eeb

f426e2fceacac3f2f6f5d304c3b07760697db69ee61ed

Pemilik Kopi Tenggek Tanjung Piai Ghazaley Ayiub

Pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) memberi nafas lega kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang melihat perkembangan itu berpotensi mengurangkan kos perniagaan serta mengelakkan kenaikan harga jualan.

Awal minggu ini, ringgit mengukuh dan melepasi paras psikologi 4.00 berbanding dolar AS dan meneruskan peningkatan yang bermula seminggu sebelumnya, sekali gus memaparkan pemulihan sentimen terhadap asas ekonomi negara dan kestabilan politik.

Tinjauan Bernama di beberapa negeri mendapati majoriti peniaga kecil menyambut baik perkembangan itu walaupun kesan sebenar terhadap kos bahan import masih dinanti-nantikan.

Di JOHOR, pengusaha Kopi Tenggek di Tanjung Piai, Ghazaley Ayiub, 59, menyifatkan pengukuhan ringgit memberi kesan positif kepada perniagaannya yang menggunakan peralatan dapur import dari China.

Katanya meskipun banyak menggunakan biji kopi Liberica dari Johor, nilai ringgit yang lebih kukuh secara tidak langsung membantu mengurangkan kos pembelian barangan lain dari luar negara.

“Kami masih mendapatkan peralatan dapur dari China bagi cawangan kedua di Larkin. Jadi, memang ada penjimatan dan ini membantu kami mengekalkan harga jualan,” katanya yang optimis perkembangan itu juga dijangka menarik lebih ramai pelanggan dari Singapura.

Sementara itu, Pengurus Rodakafe Irwan Latiff berkata kesan positif pengukuhan ringgit hanya akan dirasai jika keadaan tersebut berterusan untuk tempoh lebih panjang dan manfaatnya disalurkan oleh pengeluar serta pembekal kepada pengusaha kecil.

"Kami berharap kerajaan serta agensi berkaitan dapat memantau rantaian bekalan dengan lebih berkesan bagi memastikan penurunan kos import benar-benar sampai kepada pengusaha kecil dan sederhana,” katanya yang turut berpendapat kos utiliti wajar dikurangkan supaya PMKS dapat beroperasi lebih efisien.

Di TERENGGANU, pengusaha Kafe CantekSekali, Rina Rahman, 48, berkata 50 peratus bahan mentah di premis perniagaanya adalah barangan import dan nilai ringgit pastinya memberi kesan sangat besar kepada kos operasi serta keuntungan perniagaan yang diusahakan sejak 2017.

 
Back
Top
Log in Register