BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BUDI Diesel Bantu Peniaga Pasar Besar Larkin Imbangi Kos Operasi, Depani Cabaran Perniagaan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

BUDI Diesel Bantu Peniaga Pasar Besar Larkin Imbangi Kos Operasi, Depani Cabaran Perniagaan​

532ea696e09bef0b599a1b35b1be69cf6a479bb38fb66

041e4f84550f28989ce93a787ff8e58d6a479bd7416a5

0efc156cc7f8adc4e5c0df4b443e7acd6a479bf7e3947

Peniaga ikan, Azmi Abu Bakar, 53, menyusun ikan segar yang di jual di gerainya di Pasar Besar Larkin

Golongan peniaga kecil di Pasar Besar Larkin kini berdepan cabaran tersendiri untuk mengekalkan kelangsungan perniagaan mereka, termasuk isu kenaikan kos pengangkutan, kebergantungan kepada barangan import serta kekangan struktur sewa premis swasta.


Golongan peniaga kecil di Pasar Besar Larkin di sini “bergelut” demi mengekalkan kelangsungan perniagaan kerana dihimpit kenaikan kos logistik, kebergantungan tinggi terhadap barangan import dan perubahan drastik landskap pembelian pengguna.

Bagaimanapun, pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) pada kadar subsidi RM2.10 seliter bermula 1 Julai lepas memberi kelegaan kepada para peniaga kecil apabila langkah proaktif kerajaan itu dilihat membantu menstabilkan kos logistik dan menyerap tekanan inflasi.

Peniaga kerepek dan makanan sejuk beku Hashim Dahlan, 59, yang beroperasi selama 27 tahun di pasar itu, mengakui inisiatif tersebut memberikan kelegaan buat komuniti peniaga meneruskan kelangsungan perniagaan.

“Subsidi diesel dengan petrol itu memang banyak membantu… bila minyak tak ganggu, benda-benda lain akan stabil,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Peniaga kelapa Shahrul Kamil Othman, 42, generasi kedua yang meneruskan perniagaan keluarga berusia lebih 30 tahun, pula berpendapat persaingan sengit susulan lambakan pasaran baharu menjadi antara punca kemerosotan jualan selain ketidaktentuan harga barangan mentah.

Bersyukur dengan BUDI Diesel, dia berkata peniaga memerlukan intervensi kerajaan dalam menstabilkan harga bahan mentah asas terutama bagi barangan yang diimport berikutan kekurangan bekalan tempatan berbanding bantuan kewangan secara sekali beri.

“Bantuan one-off hanya membantu untuk sementara tapi kalau bahan asas, untuk jangka panjang,” katanya yang mengimport kelapa dari negara jiran dengan kos lebih tinggi bagi menampung permintaan.

Bagi peniaga ikan, Azmi Abu Bakar, 53, trend pembelian pengguna kini beralih kepada perkhidmatan penghantaran terus ke rumah (bayar waktu terima - COD) dan kehadiran lori jualan langsung di luar kawasan pasar menjejaskan kedatangan pelanggan ke premis mereka.

Selain itu, katanya perubahan landskap perniagaan masa kini dan peningkatan kos logistik menyukarkan peniaga kecil untuk bersaing secara adil.

 
Back
Top
Log in Register