BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kertas Kabinet Dibentang Bantu PMKS Kembang Operasi Di Taman Perindustrian - Ewon

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kertas Kabinet Dibentang Bantu PMKS Kembang Operasi Di Taman Perindustrian - Ewon​

c7943e40a2db886ca6854101211b54e56a6dd2060ce0a

504b9210e1cc3658ea9f720f46eececf6a6dd23ad9256

10cfc877e2387468c87e5732c873b6896a6dd2d0d0f79

Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ewon Benedick ketika menyampaikan ucapan pada majlis penutupan Jelajah Halal Malaysia Peringkat Negeri Sabah di Sabah International Convention Center (SICC).
_
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah akan membentang kertas kabinet negeri berkaitan dasar sokongan kepada syarikat Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Sabah untuk mengembangkan operasi di taman perindustrian negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ewon Benedick berkata kertas yang bakal dibentang dalam masa terdekat itu merangkumi sokongan melibatkan pembiayaan serta penyewaan tanah, dan dasar tersebut mampu meringankan beban kewangan PMKS tempatan untuk bersaing secara lebih inklusif dalam pasaran semasa.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah itu berkata sokongan ini juga penting untuk membolehkan syarikat PMKS tempatan menggunakan infrastruktur logistik yang disediakan di kawasan terbabit terutama pelabuhan bagi menjadikan operasi mereka lebih berkesan.

Kebanyakan taman perindustrian di Sabah terletak berdekatan dengan persisiran pantai, justeru ini memudahkan syarikat berkenaan mengunakan kemudahan pelabuhan untuk mengeksport produk mereka.

“Sudah tentu dengan keadaan geografi di Sabah ini ada cabarannya tersendiri dan jurangnya. Kalau produk itu dikeluarkan di kawasan pedalaman mahu dibawa ke pelabuhan, itu pun satu kos. Sebab itu kita bangunkan taman perindustrian yang kebanyakannya di kawasan persisiran pantai.

“Kita minta syarikat pertimbangkan untuk membina premis mereka di taman perindustrian yang dekat dengan ekosistem logistik. Segala perinciannya akan dilaporkan sebaik diputuskan semasa mesyuarat kabinet kelak," katanya kepada pemberita selepas menutup Program Jelajah Halal Malaysia Sabah 2026 di sini hari ini.

Sabah mempunyai tiga taman perindustrian utama iaitu Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) dan Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) Lahad Datu; selain sedang merancang taman perindustrian baharu di Kudat, Kota Belud dan Beaufort.

Sementara itu, Ewon berkata kerajaan negeri kini sedang giat menangani masalah jurang infrastruktur logistik pelabuhan menerusi pelaksanaan projek pembesaran Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar serta pengoperasian dua dermana kren baharu di Pelabuhan Tawau.

Beliau berkata tindakan tersebut diambil memandangkan saiz pelabuhan sedia ada di negeri ini masih mengekalkan kapasiti sama seperti 20 hingga 30 tahun lepas, yang dilihat tidak dapat memenuhi keperluan semasa.

 
Back
Top
Log in Register