BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penggunaan Lampu Suar, Siren Perlu Utamakan Keselamatan Pengguna Jalan Raya - JSPT

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Penggunaan Lampu Suar, Siren Perlu Utamakan Keselamatan Pengguna Jalan Raya - JSPT​

837b6b5b3a54a4441b7b06a86d7967126a86c7933e243


Pemanduan menggunakan lampu suar (beacon) dan siren oleh kenderaan kerajaan hendaklah dilaksanakan dengan mengutamakan aspek keselamatan pengguna jalan raya lain.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mohammed Hasbullah Ali berkata pengguna jalan raya juga perlu sentiasa peka dan memberikan kerjasama sepenuhnya dengan memberikan laluan keutamaan sekiranya terdapat kenderaan penguat kuasa atau kenderaan yang sedang bergerak dalam keadaan kecemasan ketika menjalankan tugas rasmi.

“Ketika berada di lampu isyarat, pemandu kenderaan kerajaan yang mempunyai alat berkenaan perlu memastikan pengguna jalan raya yang lain berada dalam keadaan selamat terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata hanya kenderaan kementerian atau agensi yang menjalankan fungsi penyiasatan serta penguatkuasaan dibenarkan menggunakan alat berkenaan, tertakluk kepada Jadual Keenam (Kaedah 24B), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959.

Mohammed Hasbullah berkata tindakan pengguna jalan raya mendekati, menghalang tugas atau mengikut secara rapat kenderaan pasukan penguat kuasa yang sedang mengiring dalam mod kecemasan juga adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, iaitu menghalang tugas penjawat awam.

Terdahulu, Mohammed Hasbullah meninjau kawasan kemalangan maut melibatkan lori “Black Maria” milik Jabatan Imigresen Malaysia yang mengorbankan tiga beranak di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail di sini semalam.

Pemandu lori “Black Maria” yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan, termasuk memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian tiga beranak.

 
Back
Top
Log in Register