BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengguna RTS Masih Boleh Guna Pasport, QR Hanya Pilihan - Loke

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Pengguna RTS Masih Boleh Guna Pasport, QR Hanya Pilihan - Loke​

9207fabcf1e3240bcfedec09a22c74316a8408e33e159

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook melalui mesin pengimbas berteknologi tinggi ketika meninjau perkembangan Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura di Kompleks Bersepadu Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ), Bukit Cagar hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Datuk Mohd Zarif Mohd Hashim ( dua kanan).


--fotoBERNAMA(2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Pengguna perkhidmatan Rapid Transit System (RTS) Link Johor Bahru-Singapura masih boleh menggunakan pasport untuk urusan pelepasan imigresen selain kod respons pantas (QR) sebagai pilihan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata penggunaan kod QR bukan kaedah pelepasan tunggal yang disediakan kepada pengembara di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) RTS Link Bukit Chagar.

“Pasport biasa juga boleh digunakan. Kod QR ialah satu pilihan yang boleh digunakan oleh pengembara,” katanya kepada pemberita selepas lawatan media ke projek RTS Link di Stesen RTS Link Bukit Chagar di sini hari ini.

Loke berkata prosedur operasi standard (SOP) berkaitan kawalan sempadan termasuk langkah jika berlaku gangguan terhadap sistem digital berada di bawah bidang kuasa Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) serta Jabatan Imigresen.

Beliau berkata demikian selepas ditanya pelan sandaran jika sistem pelepasan berasaskan kod QR mengalami gangguan memandangkan kemudahan di RTS Link dijangka menggunakan sistem digital secara meluas.

Sementara itu, Ketua Pengarah AKPS Datuk Seri Mohd Suhaily Mohd Zain berkata secara keseluruhan sebanyak 640 pegawai dan anggota akan bertugas di CIQ Bukit Chagar yang dilihat mampu mengawal sebarang situasi termasuk sekiranya berlaku gangguan sistem e-gate.

“Tenaga kerja sentiasa bersedia untuk menangani keadaan seperti itu (gangguan sistem e-gate). Memandangkan lokasi ini dekat dengan (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) bantuan juga mungkin cepat sampai,” katanya.

Mohd Suhaily berkata lebih 400 daripada 640 pegawai dan anggota AKPS yang sedang menjalani latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Segamat akan melapor diri di stesen itu bermula Oktober ini.

Beliau berkata mereka akan menjalani program penyesuaian dan simulasi hingga Disember, termasuk memahami aliran penumpang, operasi tren dan kestabilan mesin pengimbas sebagai persediaan sebelum RTS Link beroperasi pada awal 2027.

 
Back
Top
Log in Register