BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kompleks CIQ, Stesen RTS Malaysia Dibina Berasingan Kerana Saluran Paip PUB- Loke

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Kompleks CIQ, Stesen RTS Malaysia Dibina Berasingan Kerana Saluran Paip PUB- Loke​

da915815d46074a3b5eaee71278c57fa6a83f8c01ab73

93ef6c30968f00028a86760205e3f0a76a83e597ad676


Komples Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) serta stesen Sistem Transit Rapid (RTS) Link di sebelah Malaysia dibina berasingan memandangkan terdapat saluran paip milik Lembaga Kemudahan Awam (PUB) Singapura di antara kedua-dua bangunan terbabit.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata keadaan itu berbeza dengan di pihak Singapura yang menyepadukan kemudahan CIQ dan stesen berkenaan dalam satu kompleks.

Beliau berkata reka bentuk berkenaan perlu bagi memastikan saluran paip terbabit yang bersambung hingga ke Singapura terus dapat diakses oleh pihak berkuasa negara itu.

“Satu daripada perjanjian dengan Singapura menetapkan saluran paip PUB mesti boleh diakses boleh pihak berkuasa negara itu kerana saluran paip berkenaan bersambung terus hingga Singapura.

“Jadi, kita tidak boleh menempatkan semuanya di bawah satu kompleks. Sebab itulah terdapat dua struktur berasingan bagi kompleks CIQ dan stesen itu,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kemajuan projek dan kesiapsiagaan operasi RTS Link Johor Bahru-Singapura di Stesen RTS Link Bukit Chagar di sini hari ini.

Loke berkata projek Transit Rapid Autonomi (ART) yang dicadangkan di bandar raya ini juga akan diintegrasikan dengan RTS Link Bukit Chagar bagi memastikan kesalinghubungan dalam rangkaian pengangkutan awam.

“Integrasi dengan ART sememangnya akan diambil kira. Disebabkan RTS sudah dibina, sebarang pembangunan ART pada masa akan datang perlu diintegrasikan dengan RTS. Itu sudah pasti,” katanya.

Beliau berkata bagaimanapun, ART dan RTS Link adalah dua projek berasingan dengan kerajaan pada masa ini sedang mengusahakan perjanjian konsesi bagi projek ART.

Loke berkata butiran lanjut mengenainya akan diumumkan selepas perjanjian itu dimuktamadkan.

 
Back
Top
Log in Register