BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jerebu Rentas Sempadan: Malaysia Guna Saluran Diplomatik ASEAN - Mohamad

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,125
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,125
Reaction score
346
Points
141

Jerebu Rentas Sempadan: Malaysia Guna Saluran Diplomatik ASEAN - Mohamad​

045d90f0f6591f5681632f67f4583cb46a88225c4a5be

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Ke-27 Pelaksanaan Pertukaran Surat di antara Malaysia dan Brunei Darussalam, hari ini.
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Malaysia akan menggunakan saluran diplomatik peringkat ASEAN bagi mencari penyelesaian isu jerebu rentas sempadan yang melanda beberapa kawasan di rantau ini, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata ASEAN menjadi platform terbaik bagi membincangkan isu yang melibatkan negara-negara dalam rantau ini.

Menurut Mohamad, Malaysia melalui Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) akan mengemukakan surat rasmi kepada Sekretariat ASEAN dalam masa terdekat.

“Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup juga akan menulis surat kepada rakan sejawat beliau (di Indonesia).

“Kami percaya ASEAN menjadi mekanisme terbaik untuk mengatasi isu serta masalah antara negara ASEAN dan kami lihat ia lebih berkesan untuk Sekretariat mengurus situasi ini,” katanya ketika ditemui di sebuah hotel di sini hari ini.

Mohamad kini dalam lawatan kerja tiga hari ke Brunei bermula semalam.

Lawatan berkenaan dibuat sempena Mesyuarat ke-27 Pelaksanaan Pertukaran Surat (EOL-27) Malaysia-Brunei pada 21 Ogos dan Rundingan Pemimpin Tahunan ke-27 Malaysia-Brunei (ALC-27) pada 22 Ogos.

Semalam, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Datuk Mohd Aini Atan berkata isu jerebu yang melanda beberapa kawasan di rantau ini juga dijangka menjadi antara perkara yang dibincangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah sempena Rundingan Pemimpin Tahunan (ALC) ke-27 Malaysia-Brunei.

 
Back
Top
Log in Register