BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia Syor Pelaksanaan Diplomasi Sains Dan Dana Jerebu Mampan Tangani Jerebu Rentas Sempadan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Malaysia Syor Pelaksanaan Diplomasi Sains Dan Dana Jerebu Mampan Tangani Jerebu Rentas Sempadan​

602bd2c5cec14739447f1aa8c9077ca568808aec58a70


Malaysia mencadangkan pelaksanaan Diplomasi Sains dan Dana Jerebu Mampan bagi memperkukuh pelaksanaan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (AATHP).

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dalam kenyataan hari ini memaklumkan cadangan berkenaan diusulkan menterinya Datuk Seri Arthur Joseph Kurup yang mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat ke-27 Jawatankuasa Pemandu Peringkat Menteri Subrantau mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (MSC) di Bali, Indonesia semalam.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Menteri Lingkungan Hidup Indonesia Mohammad Jumhur Hidayat selaku negara tuan rumah manakala Malaysia berperanan sebagai Timbalan Pengerusi mesyuarat tersebut.

Mesyuarat ke-27 MSC itu turut dihadiri Menteri Alam Sekitar dan Pegawai Kanan dari negara rantau ASEAN iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Timor-Leste dan Sekretariat ASEAN sebagai urus setia mesyuarat.

“Mesyuarat bersetuju untuk meneroka dan menilai kebolehlaksanaan Diplomasi Sains dalam kerangka AATHP melalui mekanisme sedia ada atau penubuhan platform baharu yang bersesuaian,” menurut kenyataan itu.

NRES memaklumkan semua negara MSC telah menzahirkan komitmen bagi pelaksanaan AATHP secara berkesan dan mengalu-alukan usaha berterusan dan persediaan Indonesia bagi penubuhan dan pengoperasian Pusat Penyelarasan ASEAN untuk Kawalan Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (ACC THPC).

“Mesyuarat mengalu-alukan perkembangan Rangka Kerja Pelaburan ASEAN untuk Pengurusan Tanah Lestari Bebas Jerebu ASEAN (AIF-HFSLM) sebagai pelengkap kepada pelaksanaan Pelan Hala Tuju Bebas Jerebu ASEAN Kedua 2023 – 2030 dan Strategi Pengurusan Tanah Gambut ASEAN Kedua (APMS) 2023–2030.

“Mesyuarat turut menggalakkan kerjasama dengan Rakan Dialog ASEAN bagi menyokong pengurusan hutan, tanah gambut dan pertanian lestari ke arah merealisasikan ASEAN Bebas Jerebu menjelang 2030,” menurut kenyataan itu.

Melalui mesyuarat itu, NRES memaklumkan yang Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC) telah membentangkan tinjauan cuaca dan jerebu di Selatan rantau ASEAN.

 
Back
Top
Log in Register