BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Menteri Indonesia kaitkan arah angin punca jerebu rentas sempadan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,141
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,141
Reaction score
346
Points
141

Menteri Indonesia kaitkan arah angin punca jerebu rentas sempadan​

3623751.webp

Indonesia mengambil beberapa langkah pencegahan termasuk membasahkan kawasan tanah gambut dan melaksanakan operasi pengubahsuaian cuaca bagi membantu mengawal kebakaran. Foto AFP

JAKARTA - Jerebu akibat kebakaran hutan dan tanah di Indonesia dilaporkan mula menjejaskan kawasan di Malaysia, dengan pergerakan asap merentasi sempadan dipengaruhi keadaan angin.

Menteri Alam Sekitar merangkap Ketua Badan Pengawalan Alam Sekitar Indonesia, Mohammad Jumhur Hidayat berkata, jerebu bergerak ke Malaysia berikutan arah angin yang berubah-ubah.

“Kebetulan angin mengarah ke sana, tetapi sering berbolak-balik," katanya.

Beliau berkata, pergerakan jerebu merentasi sempadan banyak dipengaruhi faktor cuaca, terutama arah dan corak angin.

Katanya, keadaan itu menyebabkan asap yang bergerak ke Malaysia boleh berubah arah apabila corak angin bertukar.

Pemerintah Indonesia sebelum ini meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi risiko kebakaran hutan dan tanah sepanjang 2026.

Data Kementerian Alam Sekitar dan Badan Pengawalan Alam Sekitar Indonesia menunjukkan lebih 32,000 hektar tanah terbakar sehingga Februari, dengan Sumatera dan Kalimantan antara kawasan paling terjejas.

Keadaan cuaca turut menjadi kebimbangan apabila fenomena El Nino dijangka berterusan sehingga awal 2027.

Fenomena itu boleh membawa keadaan lebih kering, sekali gus meningkatkan risiko kebakaran hutan dan tanah.

Bagi menangani ancaman berkenaan, Indonesia mengambil beberapa langkah pencegahan termasuk membasahkan kawasan tanah gambut dan melaksanakan operasi pengubahsuaian cuaca bagi membantu mengawal kebakaran.

Isu jerebu rentas sempadan bukan perkara baharu di Asia Tenggara. Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam dan Thailand mempunyai mekanisme kerjasama serantau bagi menangani pencemaran jerebu rentas sempadan menerusi Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan.

Pada Julai lalu, Indonesia menjadi tuan rumah pertemuan peringkat menteri mengenai pencemaran jerebu rentas sempadan di Bali.

Dalam pertemuan itu, Jumhur menekankan kepentingan kerjasama serantau bagi menangani ancaman kebakaran hutan dan tanah, terutama ketika perubahan corak cuaca meningkatkan risiko kebakaran.

Malaysia turut meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi cuaca panas dan kering serta risiko jerebu yang berkaitan dengan kebakaran terbuka. - Agensi

 
Bagi menangani ancaman berkenaan, Indonesia mengambil beberapa langkah pencegahan termasuk membasahkan kawasan tanah gambut dan melaksanakan operasi pengubahsuaian cuaca bagi membantu mengawal kebakaran.
**********
Hang percaya hang b***h.
 
berkawan plk dgn non ketimbng
 
aku pk najib je
udah2 la tu bang taksub.... bukan ada pekdah pun..
tp jap, hg dapat pekdah ke jadi pentaksub najib?
hg rasa najib tak bersalah ke? kne fitnah semua tu?
 
udah2 la tu bang taksub.... bukan ada pekdah pun..
tp jap, hg dapat pekdah ke jadi pentaksub najib?
hg rasa najib tak bersalah ke? kne fitnah semua tu?

lahhh..bila sokong dikatakan taksub

yg org dok sokong puak musibat tu xde fikir plak dari 1998 taksub..sampaikan dapat dana NED dan CIA pun masih taksub..

bila sokong najib, dikatakan taksub, sedangkan aku sokong najib sbb visi dan misi dia..dan hasil kerja dia yg sampai hari nie ramai dapat manfaat..

nak harap puak musibat dana yahudi NED dan CIA tu.. haprak xleh harap..bnyk sembang tahik dari buat kerja..sampaikan hutang naik 1.3 trilliun
 
aku pk najib je
Bro kalau sokong najib, kena sokong jugak atok....atok yang naikkan dia jadi PM......dia rasa jadi PM selepas atok tukarkan dia dengan Pak Lah....atok berterima kasih kepada bapak dia Tun Razak sebab ambik balik selepas di singkirkan oleh tunku abdul rahman.
 
lahhh..bila sokong dikatakan taksub

yg org dok sokong puak musibat tu xde fikir plak dari 1998 taksub..sampaikan dapat dana NED dan CIA pun masih taksub..

bila sokong najib, dikatakan taksub, sedangkan aku sokong najib sbb visi dan misi dia..dan hasil kerja dia yg sampai hari nie ramai dapat manfaat..

nak harap puak musibat dana yahudi NED dan CIA tu.. haprak xleh harap..bnyk sembang tahik dari buat kerja..sampaikan hutang naik 1.3 trilliun
hg rasa najib tak bersalah ke? kne fitnah semua tu?

hg tak jawab lagi soklan ni...
 
Back
Top
Log in Register