BTC USD 62,082.5 Gold USD 4,259.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penggulingan Mubarak & Morsi tercatat dlm Hadis

ilhamjabil

Super Active Member
gem
Messages
7,119
Joined
Jul 27, 2008
Messages
7,119
Reaction score
1,693
Points
151

Thursday, 25 July 2013

Mesir, Morsi dan Mahdi


Jumaat+penentu.jpg


17 Ramdhan Menjadi Penentu

Mesir Ada Petunjuk

Mesir merupakan sebuah negara yang penting sejak bermulanya tamaddun manusia dari dulu lagi. Sehingga kini peninggalan tersebut masih lagi dikaji oleh ahli kaji purba bagi memecahkan berbagai-bagai misteri dalam binaan yang ditinggalkan oleh mereka. Dalam al-Quran sendiri banyak sekali kisah berkenaan negeri Mesir di ceritakan bagi diambil pengajaran oleh umat akhir zaman. Antara Nabi yang banyak diceritakan dalam al-Quran ialah berkenaan Nabi Musa a.s yang diutuskan dibumi Mesir dimana nama Nabi Musa a.s diulang sebanyak 136 kali dalam al-Quran.

"Adakah tersembunyi serta belum jelas lagi kepada mereka: berapa banyak Kami telah binasakan dari kamu-kaum yang terdahulu daripada mereka, sedang mereka sekarang berulang-alik melalui tempat-tempat tinggal kaum-kaum itu? Sesungguhnya pada yang demikian ada tanda-tanda (untuk mengambil iktibar) bagi orang-orang yang berakal fikiran. " (20:128)

Begitu juga pada hari ini Mesir juga berada dalam kedudukan penting dalam dunia Islam. Di khabarkan setelah penjajah Portugis menjajah Melaka, penglima perang Portugis ketika itu, Alfonso de Albuquerque menyatakan cita-cita sebenar mereka untuk menakluk dua kota paling penting umat Islam, samada Mekah atau Mesir. Musuh-musuh Islam sekarang ini berada dalam keadaan cemas apabila gerakan Islam telah bangkit di Mesir dan Turki. Mereka telah nampak apabila gandingan dua serangkai ini bersatu demi Islam, kekuatan ini akan berupaya menyatukan umat Islam seluruh dunia dan pasti menggugat Israel.

Apabila jatuhnya rejim Mubarak yang selama ini menindas pejuang Islam yang ingin mendaulatkan Islam, rakyat Mesir telah memilih Muhamed Morsi dari Ikhwan sebagai presiden. Morsi ingin membawa Mesir kembali kepada Islam walaupun menghadapi berbagai-bagai halangan dari luar dan dalam termasuk dari Arab sendiri seperti Saudi. US telah merasakan ia bakal memberi ancaman kepada negara Yahudi Israel telah berkerjasama dengan Saudi bagi menjatuhkan Morsi. Saudi sejak penubuhannya merupakan pengikut setia US telah memberikan dana berbilion dolar kepada general tentera yang berpengaruh untuk menggulingkan Morsi.

Kejatuhan Mubarak

Apakah peristiwa kejatuhan Mubarak kemudian di ganti oleh Mohamed Morsi dan kemudiaanya di gulingkan oleh tentera yang setia dengan Mubarak merupakan petanda dekatnya muncul Imam Mahdi? Banyak [1] hadis-hadis yang menceritakan keadaan yang akan berlaku di Mesir seperti diberitahu oleh Rasulullah s.a.w hingga membawa tercetusnya perang diakhir zaman dan hingga membawa keluarnya Imam Mahdi.

حديث مرفوع) حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ هَارُونَ ، ثَنَا كَامِلُ بْنُ طَلْحَةَ ، ثَنَا ابْنُ لَهِيعَةَ ، عَنْ كَعْبِ بْنِ عَلْقَمَةَ ، قَالَ : سَمِعْتُ أَبَا النَّجْمِ ، أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا ذَرٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، يَقُولُ : إِنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : " إِنَّهُ سَيَكُونُ رَجُلٌ مِنْ بَنِي أُمَيَّةَ بِمِصْرَ يَلِي سُلْطَانًا ، ثُمَّ يَغْلِبُ عَلَى سُلْطَانِهِ ، أَوْ يَنْزِعُ مِنْهُ ، ثُمَّ يَفِرُّ إِلَى الرُّومِ ، فَيَأْتِي الرُّومُ إِلَى أَهْلِ الإِسْلامِ ، فَتِلْكَ أَوَّلُ الْمَلاحِمِ " ، لا يُرْوَى هَذَا الْحَدِيثُ عَنْ أَبِي ذَرٍّ ، إلا بِهَذَا الإِسْنَادِ ، تَفَرَّدَ بِهِ : ابْنُ لَهِيعَةَ .

Dalam satu hadis marfu' diriwayatkan dari Abu Zar bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w berkata: "Sesungguhnya akan ada seorang lelaki dari bani Umayya di Mesir yang mengambil alih sultan memerintah, kemudian dia dijatuhkan pemerintahannya atau kekuasaannya. Kemudian dia melarikan diri kepada Rom. Kemudiannya dia membawa orang-orang Rom menghadapi penduduk Islam. Maka itulah bermulanya peperangan (dengan Rom)".

Hadis ini dibawa oleh Imam Ahmad Al-Tarabani no. 8336 dalam kitab Al-Mu'jam Al-Awsat.[2]

Terdapat maksud yang hampir sama diriwayatkan dari Nuaim bin Hammad[3] dalam Kitab al-Fitan;


(حديث مرفوع) ثنا الْوَلِيدُ ، ثنا ابْنُ لَهِيعَةَ ، عَنْ كَعْبِ بْنِ عَلْقَمَةَ ، حَدَّثَنِي حَسَّانُ بْنُ كُرَيْبٍ ، سَمِعْتُ أَبَا النَّجْمِ ، يَقُولُ : سَمِعْتُأَبَا ذَرٍّ ، يَقُولُ : إِنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : " سَيَكُونُ بِمِصْرَ رَجُلٌ مِنْ بَنِي أُمَيَّةَ أَخْنَسُ يَلِي سُلْطَانًا ، ثُمَّ غُلِبَ عَلَيْهِ أَوْ يَنْزِعُ مِنْهُ ، فَيَفِرُّ إِلَى الرُّومِ ، فَيَأْتِي بِهِمْ إِلَى الإِسْكَنْدَرِيَّةِ ، فَيُقَاتِلُ أَهْلَ الإِسْلامِ بِهَا ، فَذَلِكَ أَوَّلُ الْمَلاحِمِ " .

Dalam satu hadis marfu' diriwayatkan dari Abu Zar bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w berkata: "Sesungguhnya akan ada di Mesir seorang lelaki dari bani Umayya berhidung pesek yang mengambil alih sultan memerintah, kemudian dia dijatuhkan pemerintahannya atau kekuasaannya. Maka dia melarikan diri kepada Rom. Kemudiannya dia membawanya bersama (orang-orang Rom) memasuki Iskandariah (Alexanderia), maka berlakulah pertempuran dengan penduduk Islam disitu. Maka itulah bermulanya peperangan (dengan Rom)".

Kita faham bahawa hadis ini adalah dhaif tetapi apa yang ingin ditekankan disini adalah maksud kalimah (أخنس) iaitu bentuk hidung yang besar dan pesek seperti negro. Kalau dibandingkan dengan presiden Mesir yang lepas, sifat tersebut lebih menghampiri bekas presiden Muhamed Husni Mubarak. Tambahan pula Husni Mubarak merupakan presiden Mesir paling lama memerintah. (http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_Presidents_of_Egypt)

Harun Yahya dalam penulisannya berkenaan peristiwa yang berlaku di Mesir sekarang ini juga mengaitkan beberapa hadis yang dipetik dari Kitab Imam Ibnu Hajar memberikan sifat-sifat susuk badan yang lebih terperinci yang menyamai Husni Mubarak. Beliau mengaitkan peristiwa di Mesir ini sebagai tanda kemunculan al-Mahdi.[4]



husnumb.jpg


Husni Mubarak
Tempoh Kejatuhannya

Tetapi riwayat ini memberikan gambaran lebih jelas lagi kenapa Husni Mubarak merupakan pemerintah Mesir yang dimaksudkan;


سمعت أبي يقول سيخرج من قريش رجل معروف النسب من الأب والأم مغضبا إلى الروم فيقبلونه وينزلونه منزل كرامة ثم يكون من يوم خروجه إلى الروم عشرين شهرا ثم يقبل بالروم إلى الأسكندرية في سفنهم فتلقاهم ريح شديدة لا يرجع منهم إلى أرض الروم إلا مخبرقال أبوه فلو أشاء أن أخبركم حيث يضع أمير الروم رايته يومئذ ينزل بين الخضراء القديم إلى المنارة مما يلي الأسكندرية

Abdullah bin Rashid berkata bahawa dia telah mendengar bapanya berkata:" Akan muncul dari keturunan Quraisy seorang lelaki yang terkenal keturunannya dari sebelah bapanya dan sebelah ibunya dengan perasaan amat marah akan melarikan diri kepada Rom. Maka mereka menerimanya mengadap dan diberikan kemuliaan kepadanya. Ia berlaku dalam tempuh 20 bulan sejak dari hari dia keluar menuju ke Rom sehingga dia kembali bersama kapal Rom memasuki Iskandariah (Alexandria)..." (Nuaim bin Hammad's Kitab al-Fitan)


Alexanderia.png


Kedudukan Kota Iskandariah Mesir
Cuba kita lihat kembali bilakah bermulanya Mubarak dijatuhkan dan bilakah pula Presiden Mohamed Morsi digulingkan? Mubarak dijatuhkan selepas kebangkitan rakyat pada Februari 2011[5]. Walaupun Mubarak masih berada di Mesir dalam tahanan untuk siasatan keatas jenayah dilakukannya, tetapi seluruh ahli keluarganya telah melarikan diri ke Britain[6]. Isteri Mubarak bernama Suzanne mempunyai ramai keluarga di Britain. Ini kerana ibunya Lily May Palmer berasal dari wilayah Pontyprid di Wales. Manakala anak Mubarak bernama Gamal pula bekerja di London dan merupakan orang yang penting dalam Bank of Amerika.

Dalam riwayat tersebut dinyatakan tempoh pemimpin tersebut cuba mengambil kembali kekuasaannya dengan mendapatkan bantuan dari Rom (US-Britain). Tarikh Februari 2011 hingga Julai 2013 adalah selama 17 bulan. Keadaan huru-hara di Mesir hingga hari ini semakin parah[7]. Campur tangan US dalam menjatuhkan Morsi semakin ketara. Terdapatnya gerakan Tamarrud yang ditaja oleh sekutu US seperti Saudi dan UAE bagi mencetuskan huru-hara di Mesir bagi menunjukkan bantahan terhadap Morsi. Masalah yang dihadapi Mesir seperti bekalan makanan, petrol dan lektrik pulih beberapa hari sahaja selepas kejatuhan Morsi. Ini menunjukkan gerakan terancang tidak mampu digerakkan dalam negara Mesir tetapi melibatkan negara kuasa besar iaitu US dan disokong oleh sekutunya iaitu Saudi, UAE dan Israel[8].

Morsi Dijatuhkan Gerakan Kristian-Coptic

Penggulingan Morsi di Mesir sekali lagi mengukir sejarah apabila presiden sementara yang dilantik dikatakan keturunan Qibti (Coptic). Jika benar inilah kali pertama Mesir di perintah Qibti selepas pembebasannya oleh sahabat Amru al-'As pada tahun 640M. Peranan Qibti dalam kerajaan sementara ini lebih terserlah apabila tiga menteri dilantik dari kalangan mereka. Kaum Qibti tercatat peranannya dalam sejarah Mesir apabila turut sama berjuang menentang Napoleon ketika Perancis menjajah Mesir satu ketika dulu, tapi bukanlah dalam menentukan pemerintahan.


Memetik kenyataan [9] Dr. Hilmi Al-Qa'oud seorang jurucakap Ikhwan yang menjelaskan peranan Qibti termasuk juga menggerakkan Tamarrud untuk menjatuhkan Morsi:


"In recent days, the Church has praised the mercenary Tamarrud movement, with [Coptic Patriarch] Tawadros expressing his happiness over its existence and over the June 30 protests by secularists and by sectarian [elements, i.e. the Copts], and encouraged [the Copts] to participate in them. Likewise, Christian satellite TV channels ceaselessly incited [their viewers] against the Muslim president [Mursi] and the Islamic movement. [Thus, for example] a female Christian rebel broadcaster declared, 'Christ's blood must fill the [city] squares,' and sectarian rebels claimed that Islam would end on June 30 and that they would never accept shari'a rule."

Amat memeranjatkan apabila terdapat riwayat yang mengaitkan gerakan pemberontakan Qibti ini dengan tanda dekatnya kemunculan al-Mahdi seperti petikan dalam sebuah buku dalam bab Mesir sebelum kemunculan Mahdi seperti petikan dibawah:


qibti.jpg






Rujukan
http://library.islamweb.net/hadith/hadithsearch.php (البحــث عن: بمصر)
http://library.islamweb.net/hadith/display_hbook.php?bk_no=475&hid=8336&pid=280707
http://library.islamweb.net/hadith/display_hbook.php?bk_no=285&hid=1324&pid=133611
http://www.mahdi.com/article.php_id=38257.html
http://en.wikipedia.org/wiki/2011_Egyptian_revolution
http://www.mirror.co.uk/news/uk-news/hosni-mubaraks-family-in-uk-refuge-107693
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/20985-mesir-cuba-diheret-ke-kancah-lebih-parah
http://freebeacon.com/muslim-brotherhood-blames-u-s-for-egyptian-president-mohamed-morsis-ouster/
http://www.copticsolidarity.org/med...the-egyptian-military-coup-that-removed-mursi
http://earthsky.org/space/big-sun-diving-comet-ison-might-be-spectacular-in-2013
 
Last edited:
cerita komet adalah cerita paling mengarut..
 
Cerita tora datang lagi...sekali lagi melayu makan gaji ter:o:o dengan cerita tora ini.. :eek::eek:
 
Rajinnya laaa sape y buat cite ni...habis sume d kupas..hehe...
 
Cerita yg agak mnarik..:-?ada kbenaran..tp bab hadith tu boleh dpertikaikan..tp ttg plot mmg logik..:-?
 
Back
Top
Log in Register