BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengerusi Kuil Bebas Tuduhan Ceroboh Tanah Persendirian

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Pengerusi Kuil Bebas Tuduhan Ceroboh Tanah Persendirian​

ad09e8b86e2b2da8f6bee97726b764185e3a411dec1cf


Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan seorang pengerusi kuil yang sebelum ini didakwa atas pertuduhan menceroboh tanah persendirian di Dengkil, Sepang tahun lepas.

Peguam Latheefa Koya mewakili M. Paramaguru, 49, berkata Hakim Dr Hazlina Hussain membuat keputusan itu selepas membatalkan pertuduhan dihadapi anak guamnya.

Beliau memaklumkan perkara itu ketika dihubungi Bernama selepas prosiding kes tersebut. Turut hadir dalam prosiding itu ialah Timbalan Pendakwa Raya Mohd Heikal Ismail.

Latheefa berkata Hazlina ketika memutuskan perkara berkenaan memaklumkan pertuduhan yang dikemukakan gagal mendedahkan Paramaguru mempunyai niat yang diperlukan untuk melakukan suatu kesalahan.

Beliau berkata sekiranya kes tersebut diteruskan melalui perbicaraan penuh, ia hanya akan membazir masa kehakiman kerana pertuduhan itu mengandungi kecacatan yang tidak boleh diperbaiki.

Paramaguru selaku perayu memfailkan permohonan itu pada 25 Mac lepas atas alasan pertuduhan berkenaan adalah cacat dan tidak boleh dikekalkan kerana ia gagal menyatakan dan memperincikan unsur penting bagi kesalahan yang didakwa iaitu mens rea yang khusus.

Ia termasuk kegagalan pendakwaan untuk menyatakan bahawa kemasukan ke tanah berkenaan dilakukan dengan niat untuk melakukan suatu kesalahan atau mengugut, menghina atau mengganggu orang yang mempunyai milikan terhadap harta tersebut.

Menurut permohonan itu, walaupun pertuduhan tersebut dibuat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan, ia tidak mendedahkan apa-apa kesalahan yang diketahui di sisi undang-undang.

Paramaguru yang juga seorang pengawal keselamatan sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasuki kawasan tanah milik Datuk Suhaili Ahmad, 71, tanpa kebenaran di Jalan Selangor, Dredging, Dengkil pada 4.45 petang 19 Jun 2025.

 
Back
Top
Log in Register