BTC USD 84,566.7 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengertian Islam

Salam semua.. Untuk pengetahuan rakan2 CG sekalian, sy bukannya seorang Islam, tapi sy ingin mengenali Islam ini secara mendalam :)

Sy kongsikan bersama rakan2 CG sebagai ingatan kita bersama apa itu pengertian Islam :)

Maksud Islam dari sudut bahasa adalah ''aman'' (salam). Ia juga bermaksud serah (submit); dalam konteks ini, seseorang Muslim menyerahkan dirinya kepada mematuhi kehendak dan larangan dari tuhannya (ALLAH). Perutusan Islam telah diwahyukan (diturunkan dari ALLAH) kepada Nabi Muhammad SAW 1,400 tahun yang lalu. Ia diwahyukan melalui Malaikat Jibrail a.s dan disimpan dengan baik sehingga kini melalui kitab yang dinamakan Al Quran. Al Quran, yang merupakan kitab suci yang paling lama berada di dunia ini telah mendapat jaminan Allah bahawa ia terpelihara dari kecacatan maklumat atau penyelewengan. Seruan utama Islam adalah bahawa hanya ada Satu Pencipta alam ini dan DIA lah yang layak disembah serta Nabi Muhammad SAW merupakan hamba dan pertusanNYA di muka bumi. Pengikut agama ini digelar Muslim (orang yang menyerah diri kepada ALLAH). Kepercayaan Muslim turut meliputi keyakinan terhadap kewujudan Malaikat, kewujudan Kitab-kitab suci terdahulu, kewujudan Hari Pembalasan dan kewujudan ciptaan ALLAH. Seseorang Muslim dikehendaki menyempurnakan lima ibadah utama; bersyahadah, bersolat, berpuasa, berzakat dan menunaikan haji.Islam mengajar bahawa semua manusia lahir dalam keadaan suci. Manusia diberi pilihan memilih jalan kebaikan atau jalan kejahatan. Manusia boleh berusaha memohon petunjuk dari Tuhannya melalui keyakinan aqidah, solat beserta doa dan usaha-usaha kebajikan.

Oleh sy sendiri, fantaghiro @ Rachelina Matthew

helloo semua :) sy mengakui kesilapan sy, artikel tu memang bukan sy tulis, sy hanya copy paste dari website org lain.. sy harap ini bukan menjadi isu besar sebab niat sy cuma nk bgtau pengertian Islam dan hayatilah pengertiannya, itu sahaja :)
 
tak mo tipu2 lagi k...
 
Ok, Fanthagiro..

Harap2 pengakuan dan permintaan maaf awak boleh sejukkan sket thread ni.

Untuk rancakkan lagi thread awak ni, awak boleh reply pandangan2 forumers dalam thread ni yang respond terhadap persoalan awak yang pertama tentang Islam. Barulah perbincangan boleh berkembang..

Jangan le orang respond seratus perkataan awak cuma reply dua tiga patah je. Tak syok la pulak.. Hu, hu..
 
helloo semua :) sy mengakui kesilapan sy, artikel tu memang bukan sy tulis, sy hanya copy paste dari website org lain.. sy harap ini bukan menjadi isu besar sebab niat sy cuma nk bgtau pengertian Islam dan hayatilah pengertiannya, itu sahaja :)

alhamdulillah... part aku, aku maafkan....:D lainkali jgn buat lg.... next....

soalan kedua utk thread ni....
 
bersama menanti

ending tu dah nampak kot...

ini permainan.......
beza nada orang bersungguh dan tidak bersungguh mana lebih saudara saudara nak support..

pada saya orang yg nada dia betul betul bersungguh baru saya nak support......

itulah dikatakan hati ini tidak enak......
 
saya hanya mampu senyum.
tidak mampu berbuat lebih
 
mcm mn TT skrg?TT jgn berguru sendirian..kena jumpa ustaz yg arif k
 
Back
Top
Log in Register