Kalau macam tu, macamana ye. Mrs penah tanya nenek Mrs dia tau ke makna bacaan dalam sembahyang? Dia kata tak semua. Sikit2 je.
Baca Quran pun macam tu. Walupun dia tau segala tajwid bacaan tapi dia tak tau makna apa yang dia baca. Silap2 Al-Fatihah pun dia tak tau maknanya.
Abes tu yang dia semayang selama ni pagi petang siang malam siap solat sunat, solat dhuha solat terawikh 20 rakaat ngalahkan orang2 muda tu diterima ke tak? Sia2 ke ibadat dia selama ni..??
Belum masuk baca Quran setiap kali ada luang waktu tu. Mcamana tu..??
Wallahuaklam Tuan,
Hanya yg Maha Esa boleh menilai semua tu..
Kita berdiskus disini bukan mempersoalkan siapa dapat pahala dan siapa dapat dosa.. tapi kita nak memperbetulkan iman kita masing2..
Mengikut cerita ustaz, dikata masa zaman sebelum tiba rasullah (saya xingat zaman nabi mana), dulu umat2 hidup sampai ribu2 tahun.. adalah seorang hamba Allah ni kematian isterinya, dan dia bersedih..
Dia membawa diri ke sebuah pulau..dan beramal ibadat disana selama 600 tahun, dan sampai lah masa Allah mengutuskan malaikat mengambil nyawanya.
Malaikat membawa pesanan dari Allah berbunyi " Allah telah menerima amalan kamu selama 600 tahun, dan taraf kamu adalah wali. Adakah kamu ingin ke syurga dengan alaman kamu atau rahmat dari Allah"
Kerana yakin wali itu menjawab, aku ingin ke syurga dengan hitungan amalan ku..
dan Allah telah mengambil neraca, meletakkan amalan 600 tahun itu, neraca condong begitu banyak. Kemudian Allah mengambil mata wali tersebut meletakkan di neraca bertentangan. Terus neraca itu condong ke arah mata.
Wali itu terus terkejut dan menangis, Ya Allah besarnya nikmat yg telah Kau berikan. Itu hanya satu mata..belum dua mata, belum masuk mulut, hidung, lidah dan anggota2 lain yg telah Allah berikan..Wallahuaklam
p/s : Jika saya ada salah sila betulkan saya. Kita ingat menhingati semoga ilmu ini membantu kita ke syurga. InsyaAllah