BTC USD 84,713.5 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengertian Islam

yup, ia bergantung kepada diri seorang muslim itu sendiri kan? kekadang sy lihat, ada org yg suka menjatuhkan air muka atau maruah org lain.. padahal dalam Islam itu sendiri melarang umatnya berbuat demikian.. pendek kata, ianya datang dari diri individu itu sendiri, bagaimana dia ingin mencorakkan diri menjadi seorang Islam yg sejati itu terpulang kepada dirinya..

yup.. kadang2 lebih malang bila seseorang individu tu memberi peluang pada org lain untuk berbuat dosa.

memberi peluang pada orang lain untuk menjadi curiga dan bersalah sangka.

sama seperti syaitan. yang suke mencari dan memberi peluang pada umat islam melakukan dosa.
 
Last edited:
tapi kadang2 sesuatu perkara tu kita kene tgk dlm sudut positif jugak. contohnya thread yg terpampang gambar org yg scam. dari sudut negatif mmg kelihataan menjatuhkan air muka...

tapi dr segi positif nye, ia umpama sebagai alert dan sebagai langkah untuk MENGHENTIKAN sesuatu yang jahat.
 
tt telah mendapat hidayah untuk mengetahui lebih mendalam tentang islam...satu petunjuk yg baik..
tapi sayangnya,bukan dorongan kita nak bagi kat tt,malah desakan..#:-S
baru saja tt luahkan dh mcm2 komen n prasangka buruk yg diberikan..
cakap islam ini mudah dan senang..adakah desakan itu mudah?
seolah2 tidak memberi ruang tt nak bernafas...#:-S
 
fuh...#:-S didalam cg ni penuh dgn simbolik. kata2 tersurat dan tersirat yg kita harus fahami...
 
harap TT belajar betul2 Islam ..Islam itu Indah ...
 
tt telah mendapat hidayah untuk mengetahui lebih mendalam tentang islam...satu petunjuk yg baik..
tapi sayangnya,bukan dorongan kita nak bagi kat tt,malah desakan..#:-S
baru saja tt luahkan dh mcm2 komen n prasangka buruk yg diberikan..
cakap islam ini mudah dan senang..adakah desakan itu mudah?
seolah2 tidak memberi ruang tt nak bernafas...#:-S

luahan? desakan?

saya (guna saya mcm sopan sikit la.-thread agama kene sopan)rasa takde pun apa apa desakan.

penipuan di awal thread adalah yang saya nampak.
 
Last edited:
Salam semua.. Untuk pengetahuan rakan2 CG sekalian, sy bukannya seorang Islam, tapi sy ingin mengenali Islam ini secara mendalam :)

Sy kongsikan bersama rakan2 CG sebagai ingatan kita bersama apa itu pengertian Islam :)

Maksud Islam dari sudut bahasa adalah ''aman'' (salam). Ia juga bermaksud serah (submit); dalam konteks ini, seseorang Muslim menyerahkan dirinya kepada mematuhi kehendak dan larangan dari tuhannya (ALLAH). Perutusan Islam telah diwahyukan (diturunkan dari ALLAH) kepada Nabi Muhammad SAW 1,400 tahun yang lalu. Ia diwahyukan melalui Malaikat Jibrail a.s dan disimpan dengan baik sehingga kini melalui kitab yang dinamakan Al Quran. Al Quran, yang merupakan kitab suci yang paling lama berada di dunia ini telah mendapat jaminan Allah bahawa ia terpelihara dari kecacatan maklumat atau penyelewengan. Seruan utama Islam adalah bahawa hanya ada Satu Pencipta alam ini dan DIA lah yang layak disembah serta Nabi Muhammad SAW merupakan hamba dan pertusanNYA di muka bumi. Pengikut agama ini digelar Muslim (orang yang menyerah diri kepada ALLAH). Kepercayaan Muslim turut meliputi keyakinan terhadap kewujudan Malaikat, kewujudan Kitab-kitab suci terdahulu, kewujudan Hari Pembalasan dan kewujudan ciptaan ALLAH. Seseorang Muslim dikehendaki menyempurnakan lima ibadah utama; bersyahadah, bersolat, berpuasa, berzakat dan menunaikan haji.Islam mengajar bahawa semua manusia lahir dalam keadaan suci. Manusia diberi pilihan memilih jalan kebaikan atau jalan kejahatan. Manusia boleh berusaha memohon petunjuk dari Tuhannya melalui keyakinan aqidah, solat beserta doa dan usaha-usaha kebajikan.

Oleh sy sendiri, fantaghiro @ Rachelina Matthew

bukan ko copy paste dari sini?
http://ms.shvoong.com/books/1750605-pengenalan-islam/

http://annur-shuhada.blogspot.com/2010/10/pengenalan-kepada-islam.html

kenapa perlu tipu?
 
Memang Islam itu indah.... Memang Islam itu mudah...

Tapi dalam Islam ada ketegasan yg tersendiri.... Kalau Islam itu tidak tegas, akan hancur umatnya... Berlakulah keadaan dimana semuanya ambil mudah...

Itu sbb TT kena paham apa beza diantara ketegasan dan desakan....
 
Aduhai.. Panas betol kat sini.

Sebgai manusia semua tak sempurna. Kita semua pernah buat silap, kecil atau besar. Hatta alim ulamak sekalipun. Kita bukan maksum.

Jangan la membesar-besarkan benda yang kecil2. Melainkan ia benar2 menghina kita sebagai Muslim.

Teringat den kes zaman2 den jahil dulu. Macam2 dosa besar den penah buat. Tapi Allah tu bagi jugak petunjuk kat den. Bagi pulak nikmat kurnia kehidupan yang cukup bahagia sekarang.

Kalau Allah tu Maha Pengasih, Penyayang, Lemah Lembut.. Kita pun kena la macam tu jugak nak tegur orang dah wat salah.

Jgn la terus hentam dia straight to her face. Kita semua pun tau malu kann..

Macam bagus lak Mrs nih. Sigh..
 
aku setuju ngan pendapat ko...:)
 
Back
Top
Log in Register