Dulu pernah beli 3 in 1 ni kerana nak berjimat juga. Tak ingat model tetapi jenama HP dan beli di Tesco dengan harga promosi RM350 kalau tak silap.
Tetapi kalau fikir balik, bila roller printer rosak selepas 5 tahun guna fungsi copier dan printer dah takleh guna. Printer jenis inkjet.
Masih simpan untuk fungsi scanner, walaupun jarang scan. Sekali sekala nak kena scan, baru guna.
Beli color laser printer lagi berbaloi, kalau nak kualiti terbaik lagi2 bila buat kerja nak masuk tender, nak cetak profil syarikat atau resume.
Jenama: Xerox DocuPrintC1110 dengan harga RM1,000++. Ada wired network dan versi wireless. Toner murah yang isian semula pun ada.