BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Acer Swift 5 Dan Swift 3 Baharu Dilancar, Dilengkapi Cip Core Intel Generasi Ke-12

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,243
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,243
Reaction score
4,135
Points
661
acer_swift_3.jpg.jpg





Acer baru sahaja melancarkan model baharu untuk siri Swift mereka iaitu Acer Swift 5 (SF514-56T) dan Acer Swift 3 (SF314-512).

Acer Swift 5 dijana cip Intel Core generasi ke-12 bersama Intel Iris Xe dan dilengkapkan LPDDR5 sebesar 16GB serta SSD sehingga 2TB. Untuk paparan, ia mempunyai skrin sentuh WQXGA dan nisbah badan setinggi 92.22% dengan nisbah aspek 16:10.

Selain itu, ia juga hadir dengan sokongan pengimbas cap jari untuk Windows Hello dan mempunyai pengiktirafan Evo daripada Intel. Mengecasnya selama 30 minit mampu memberikan ketahanan bateri lebih 4 jam.

Acer Swift 3 juga turut dijana cip Intel Alder Lake bersama storan SSD sebesar 2TB. Ia mempunyai skrin bersaiz 14 inci QHD atau FHD untuk skrin sentuh, sokongan Wi-Fi 6E dan HDMI 2.1. Pengecasannya selama 30 minit juga memberi kemampuan untuk komputer riba hidup selama 4 jam.

Spesifikasi lengkap mungkin berbeza mengikut rantau pasaran. Acer Swift 5 mula dijual di Utara Amerika pada harga ~RM 6,290 ($1,499) manakala Acer Swift 3 pada ~RM 3,570 ($849.99).
 
Back
Top
Log in Register