BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Acer Swift X Dengan Siri CPU AMD Ryzen 5000

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Acer Swift X Dengan Siri CPU AMD Ryzen 5000 Akan Ditawarkan Di Pasaran Tempatan Pada Harga Permulaan RM4299;

Jika anda sedang mencari sebuah komputer riba produktiviti yang dikuasakan dengan komponen-komponen dalaman terbaru, Acer Malaysia hari ini telah mengumumkan bahawa mereka akan membawa masuk dua model baru Acer Swift X yang dikuasakan oleh pilihan CPU AMD Ryzen 5000 terbaru.
Swift-X_Lifestyle.jpg.webp

Acer Swift X terbaru ini dilengkapi dengan paparan IPS bersaiz 14 inci dengan resolusi Full HD yang juga mampu untuk memperlihatkan gamut warna sRGB 100 peratus. Ia juga dikuasakan oleh pilihan CPU AMD Ryzen 7 5800U ataupun AMD Ryzen 5 5600U dengan pilihan memori DDR4 16GB ataupun 8GB bergantung kepada pilihan CPU dan juga storan SSD NVMe dengan kapasiti 512GB.

Lebih menarik lagi, untuk penawaran grafik, kedua-dua model Acer Swift X ini hadir dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3050 Ti yang bukan sahaja membolehkan pengguna untuk menggunakan komputer riba ini sebagai peranti produktiviti, tetapi juga riadah yang cukup berkuasa sekali.

Siri komputer riba Acer Swift lazimnya dikenali sebagai komputer riba produktiviti nipis dan ringan, dan dengan model Swift X ini, ia masih lagi perkara yang sama walaupun ia dilengkapi dengan komponen-komponen yang berkuasa ini. Acer Swift X hadir dengan ketebalan peranti 17.9mm dan hanya seberat 1.39kg.
Swift-X_Promo.jpg.webp

Acer Malaysia mengatakan bahawa komputer riba Acer Swift X ini akan boleh mula dibeli bermula esok, 6 Oktober di laman Shopee Acer Malaysia pada tanda harga berikut:​
  • Acer Swift X (AMD Ryzen 7 5800U) – RM 4999
  • Acer Swift X (AMD Ryzen 7 5800U) – RM 4299
Dalam pada itu, mereka yang membeli komputer riba ini boleh membeli tetikus nirwayar popular Logitech MX Anywhere 3 pada harga RM199 untuk melengkapkan komputer riba ini, selagi stok masih ada.​
 
Back
Top
Log in Register