BTC USD 76,497.4 Gold USD 4,353.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AMD Umum Dua Cip Ryzen 5000 Siri-G Untuk "Desktop"

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Selain mengumumkan teknologi baharu pada cip pemprosesan Samsung Exynos akan datang, AMD turut memperkenalkan dua cip "desktop" Ryzen APU menerusi Ryzen 7 5700G dan Ryzen 5 5600G. Kedua-dua cip tersebut adalah berasaskan seni bina Zen 3 dengan binaan 7nm. Perbezaan antara versi yang dilancarkan terdahulu, siri ini mempunyai grafik yang terbina. Ryzen 7 5700G hadir dengan 8 teras (cores), 16 bebenang (threads), kelajuan asas 3.8GHz dan maksimum 4.6GHz serta iGPU (integrated GPU) Vega 8.

Sementara Ryzen 5 5600G pula 6 teras, 12 bebenang, kelajuan asas 3.9GHz dengan maksimum 4.4GHz dan iGPU Vega 7. Melaluinya, AMD menjanjikan ia mampu melakukan tugasan dengan baik bagi penciptaan kandungan dan juga gaming. Masing-masing dijual secara global pada harga USD359 (~RM1480) dan USD259 (~RM1068) bermula 5 Ogos tahun ini.

Melihat cip pemprosesan baharu ini, ia mungkin adalah alternatif terbaik bagi sesiapa yang mahu membina PC pada masa pandemik sekarang memandangkan harga kad grafik amatlah tinggi. Malah, stok sangat terhad dan susah dijumpai.

1622716974354.png

1622716961976.png
 
Back
Top
Log in Register