soybean
CG Hardcore Club


- Messages
- 63,243
Paid Membership
- Joined
- Feb 15, 2009
- Messages
- 63,243
- Reaction score
- 4,135
- Points
- 661
Beberapa hari lalu, pengeluar cip pemprosesan terkemuka, AMD telah pun melancarkan barisan cip pemprosesan terbaru untuk komputer meja iaitu siri Ryzen 3, 5 dan 7 di pameran elektronik CES 2022.
Memfokuskan produk utama mereka iaitu AMD Ryzen 7 5800X3D, AMD menyatakan cip pemprosesan terbaru mereka ini mampu meningkatkan prestasi permainan sehingga 15%.
Peningkatan prestasi itu dicapai dengana adanya teknologi terbaru yang dibangunkan AMD iaitu AMD 3D V-Cache™. AMD memaklumkan teknologi tersebut pertama kali diaplikasikan ke dalam cip pemprosesan tersebut.
Ryzen 7 5800X3D dengan 8 teras ini akan mula berada di pasaran global bermula 20 April nanti dan akan dijual pada harag USD449 (~RM1880.00).
Selain Ryzen 7 5800X3D, AMD juga turut melancarkan barisan cip pemprosesan terbaru bagi siri Ryzen 3, 5 dan 7.
Kesemua barisan cip pemprosesan AMD Ryzen terbaru ini dijangka akan mula berada di pasaran bermula 4 April 2022 ini.