BTC USD 117,472 Gold USD 3,358.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Headphone' Dengan ANC Ini Siap Ada Penapis Udara, Tapis Hingar Dan Partikel Bahaya

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,240
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,240
Reaction score
4,135
Points
661
Awards
1
Dyson-Zone-Air-purifying-headphones-Overview.ts_20220331_163635.427.jpg





Dyson, jenama yang selalu dibayangkan penyedut hempagas sebenarnya bukanlah mempunyai vacuum cleaner sebagai satu-satunya produk.

Dinamakan Zone, sebuah peranti gabungan headphone dan penapis udara telah diperkenalkan syarikat ini beberapa hari lalu.


Syarikat berkata produk ini mengambil masa sehingga 6 tahun kajian dengan 500 prototaip telah dibina sebelum versi terakhir dipilih.

Dengan sambungan Bluetooth, peranti ini dicas menggunakan kabel USB-C dan boleh dihubung dengan aplikasi Dyson Link yang memaparkan kualiti udara sekeliling.

Menariknya, pembesar suara di kiri dan kanan juga menempatkan compressor untuk menyedut dan menapis udara.

Web-capture_31-3-2022_161938_www.dyson_.com_.jpeg


Udara yang telah ditapis ini kemudiannya disalurkan melalui bahagian depan yang nampak seperti pelitup muka.

Namun, visor ini tidak menutup hidung seperti mana kita memakai face mask hari ini sebaliknya mempunyai jarak.

Peranti ini mampu menapis sehingga 99% pencemaran partikel dan penapisnya perlu ditukar setiap tahun, berdasarkan kualiti udara ditapis.

Dyson-Zone-Air-purifying-headphones-Overview.ts_20220331_163631.711.jpg


Untuk audio, headphone ini dilengkapi teknologi pembatalan hingar ANC. Ia disertakan 3 mod iaitu mod pengasingan apabila penutup muka digunakan, mod perbualan apabila penutup muka direndahkan (ANC dimatikan) dan mod transparent.






Bagaimanapun, Dyson hanya berkongsi imej dan beberapa maklumat tanpa butiran lanjut seperti harga, spesifikasi bateri dan sebagainya. Ia akan dilancarkan untuk pengguna pada musim luruh kelak iaitu September.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register