BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,331.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengalaman kolestrol tinggi (crestor)

kipassiling

Active Member
Messages
1,055
Joined
Nov 30, 2010
Messages
1,055
Reaction score
222
Points
43
Salam, siapa ada kolestrol tinggi? aku check darah baru-baru ni kolestrol agak tinggi. Total kolestrol 6.1, HDL 1.3 dan kolestrol jahat LDL 4.1. Jadi doc bagi ubat kurangkan kolestrol iaitu crestor 20mg.

So bila aku makan ubat ni, aku rasa tengkuk kiri hingga ke bahu kiri tak selasa. rasa mcm tegang pun ada. tangan kiri pun rasa tak selesa.

siapa ada pengalaman makan ubat ni. mmg mcm tu ke effect dia? ke itu tanda-tanda nak kena serangan jantung. huhu

mohon pendapat pengalaman jika ada.
 
Semasa memakan Crestor:

Beritahulah doktor atau ahli farmasi yang merawat anda:

 Jika anda mengalami rasa lenguh atau sakit otot yang tidak bersebab, terutamanya jika anda berasa kurang sihat atau demam. Jika anda sakit teruk, menerima rawatan bagi penyakit lain atau dimasukkan ke hospital, beritahu kakitangan perubatan yang menjaga anda bahawa anda sedang memakan Crestor, kerana mungkin lebih baik jika anda berhenti memakan Crestor buat seketika.

Kesan sampingan Sama seperti semua ubat lain, Crestor boleh menyebabkan kesan sampingan, walaupun tidaklah semua orang akan mengalaminya. Penting bagi anda mengetahui kesan-kesan sampingan ini. Kesan sampingan ini biasanya ringan dan akan hilang selepas tempoh yang singkat. Berhenti memakan Crestor dan dapatkan bantuan perubatan dengan segera jika anda mengalami mana-mana tindak balas alergi yang berikut:

 Kesukaran bernafas, berserta ataupun tanpa bengkak-bengkak pada muka, bibir, lidah dan/atau tekak.
 Bengkak-bengkak pada muka, bibir, lidah dan/atau tekak, yang boleh menyebabkan kesukaran menelan.
 Gatal-gatal yang teruk pada kulit (dengan bonjol-bonjol). Juga, berhenti memakan Crestor dan beritahu doktor dengan segera jika anda mengalami rasa lenguh atau sakit otot yang luar biasa yang berlarutan dengan lebih lama daripada yang anda jangka. Simptom-simptom pada otot lebih lazim berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan remaja berbanding dengan orang dewasa. Sama seperti ubat statin yang lain, sebilangan kecil orang pernah mengalami kesan yang kurang menyenangkan pada otot dan ini pernah, walaupun jarang-jarang sekali, melarat kepada kerosakan otot yang boleh mengancam nyawa, iaitu penyakit yang digelar rabdomiolisis. Kesan sampingan yang lazim berlaku (antara 1 dalam setiap 10 pesakit dan 1 dalam setiap 100 pesakit mungkin akan mengalaminya):

 Sakit kepala
 Sakit otot
 Sakit perut
 Rasa lemah seluruh badan
 Sembelit
 Pening
 Rasa loya

Bahaya kolestrol tinggi ni bang...amalkan drug bukan boleh sembuhkan penyakit pun...dia bagi kita kesan sampingan lagi ada lah...😭..

nak sembuh...kena balik semula ke alam semulajadi..

boleh pm tepi utk hidup yg lebih sihat...(y)
 
kawan saya pernah sampai 9, dapat tahu pun masa naik tangga tingkat 3 tiba2 putus nafas dan nak pitam.. Sejak tidur cukup , jg makn dan senaman dia dah kurang ke 6 skang..
 
Salam, siapa ada kolestrol tinggi? aku check darah baru-baru ni kolestrol agak tinggi. Total kolestrol 6.1, HDL 1.3 dan kolestrol jahat LDL 4.1. Jadi doc bagi ubat kurangkan kolestrol iaitu crestor 20mg.

So bila aku makan ubat ni, aku rasa tengkuk kiri hingga ke bahu kiri tak selasa. rasa mcm tegang pun ada. tangan kiri pun rasa tak selesa.

siapa ada pengalaman makan ubat ni. mmg mcm tu ke effect dia? ke itu tanda-tanda nak kena serangan jantung. huhu

mohon pendapat pengalaman jika ada.

bro ada penyakit lain tak ..mcm jantung ke..sebab crestor ni (rosuvastatin ) ni tergolong dalam ubat yang kuat..
selalu ubat paling rendah simvastatin warna pink tu.. bilah dah tinggi sgt dia akan up dos simvastatin..tapi kalau x jalan jugak baru on yang tinggi crestor ni..

selalu crestor ni di beri sebab mungkin patient tu ada penyakit lain ..so dengan mengambil kira benefit melebihi risk, maka patient dinasihatkan ambil jugak crestor ni.. dan perlu ingat ubat kolestrol (statin) ini diambil dalam waktu y lama boleh sebabkan kita kena diabetes
 
Wslm
Bang ada penyakit lain x
Contoh 3 serangkai
Jantung, darah tinggi, kencing manis
Kalau takde
Rasa nya lebih baik amalkan senaman dan pemakanan yg baik
 
kalau 6.1 baik tak yah makan ubat dulu..try jaga makan dulu..bersenam sikit..lepas sebulan dua check balik kolestrol..aku dulu 6.0..jaga makan, kurangkan makanan berlemak, kurangkan makan daging, kurangkan makanan berminyak, kurangkan minum manis terus kurang 5.3 .. umur 40 tahun
 
bro ada penyakit lain tak ..mcm jantung ke..sebab crestor ni (rosuvastatin ) ni tergolong dalam ubat yang kuat..
selalu ubat paling rendah simvastatin warna pink tu.. bilah dah tinggi sgt dia akan up dos simvastatin..tapi kalau x jalan jugak baru on yang tinggi crestor ni..

selalu crestor ni di beri sebab mungkin patient tu ada penyakit lain ..so dengan mengambil kira benefit melebihi risk, maka patient dinasihatkan ambil jugak crestor ni.. dan perlu ingat ubat kolestrol (statin) ini diambil dalam waktu y lama boleh sebabkan kita kena diabetes

sakit lain tak ada, cuma saya dah pre diabete 6.0 (42 mmol/mol) + kolestrol tinggi. ceritanya 6 bulan lepas dah check darah (sebab dada sebelah kiri sebelah ketiak atas tetek rasa cucuk2 sikit. kadang2). so bila check total kolestrol 6.1. so dia bagi 10mg crestor. after 3 bulan check lagi. masih sama. doc bagi lagi 10 mg crestor untuk 3 bulan juga. bila check bulan lepas masih sama tahap kolestrol. LDL tetap tinggi. border line doc cakap. so dia bagi 20mg crestor. start makan 20mg ni yg rasa sakit kat tengkuk.
 
Wslm
Bang ada penyakit lain x
Contoh 3 serangkai
Jantung, darah tinggi, kencing manis
Kalau takde
Rasa nya lebih baik amalkan senaman dan pemakanan yg baik

so far tak ada. cuma pre diabete 6.0 (42 mmol/mol). rokok pun tak. cuma kolestrol tinggi.
 
Semasa memakan Crestor:

Beritahulah doktor atau ahli farmasi yang merawat anda:

 Jika anda mengalami rasa lenguh atau sakit otot yang tidak bersebab, terutamanya jika anda berasa kurang sihat atau demam. Jika anda sakit teruk, menerima rawatan bagi penyakit lain atau dimasukkan ke hospital, beritahu kakitangan perubatan yang menjaga anda bahawa anda sedang memakan Crestor, kerana mungkin lebih baik jika anda berhenti memakan Crestor buat seketika.

Kesan sampingan Sama seperti semua ubat lain, Crestor boleh menyebabkan kesan sampingan, walaupun tidaklah semua orang akan mengalaminya. Penting bagi anda mengetahui kesan-kesan sampingan ini. Kesan sampingan ini biasanya ringan dan akan hilang selepas tempoh yang singkat. Berhenti memakan Crestor dan dapatkan bantuan perubatan dengan segera jika anda mengalami mana-mana tindak balas alergi yang berikut:

 Kesukaran bernafas, berserta ataupun tanpa bengkak-bengkak pada muka, bibir, lidah dan/atau tekak.
 Bengkak-bengkak pada muka, bibir, lidah dan/atau tekak, yang boleh menyebabkan kesukaran menelan.
 Gatal-gatal yang teruk pada kulit (dengan bonjol-bonjol). Juga, berhenti memakan Crestor dan beritahu doktor dengan segera jika anda mengalami rasa lenguh atau sakit otot yang luar biasa yang berlarutan dengan lebih lama daripada yang anda jangka. Simptom-simptom pada otot lebih lazim berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan remaja berbanding dengan orang dewasa. Sama seperti ubat statin yang lain, sebilangan kecil orang pernah mengalami kesan yang kurang menyenangkan pada otot dan ini pernah, walaupun jarang-jarang sekali, melarat kepada kerosakan otot yang boleh mengancam nyawa, iaitu penyakit yang digelar rabdomiolisis. Kesan sampingan yang lazim berlaku (antara 1 dalam setiap 10 pesakit dan 1 dalam setiap 100 pesakit mungkin akan mengalaminya):

 Sakit kepala
 Sakit otot
 Sakit perut
 Rasa lemah seluruh badan
 Sembelit
 Pening
 Rasa loya

Bahaya kolestrol tinggi ni bang...amalkan drug bukan boleh sembuhkan penyakit pun...dia bagi kita kesan sampingan lagi ada lah...😭..

nak sembuh...kena balik semula ke alam semulajadi..

boleh pm tepi utk hidup yg lebih sihat...(y)

Tuan ni doktor ke? Jangan bagi ajaran sesat
 
Back
Top
Log in Register