BTC USD 68,369.5 Gold USD 2,342.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Makanan Tinggi Kalsium Untuk Tulang Kuat

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
444,539
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
444,539
Reaction score
35,503
Points
2,836
Awards
2
1000194986.jpg


MAKANAN TINGGI KALSIUM UNTUK TULANG YANG SIHAT

Tulang yang sihat adalah tulang yang menyimpan kalsium yang mencukupi. Tulang merupakan tisu hidup yang sentiasa mengalami proses 'turnover' untuk simpanan dan pengeluaran ion-ion kalsium bagi keperluan proses badan kita setiap hari.

Rata-rata ramai yang tahu susu tinggi kalsium kan? Sebenarnya ada banyak lagi makanan lain yang tinggi kandungan kalsium. Selain susu dan produk tenusu, brokoli, tempe dan ikan bilis juga tinggi dengan kandungan kalsium. Bagi individu yang mengalami alahan atau alergi terhadap susu atau loya dengan bau susu, anda bolehlah mengambil makanan tinggi kalsium yang lain selain dari susu.

Pengambilan makanan tinggi sumber kalsium amat penting untuk kesihatan tulang dan mencegah osteoporosis. Keperluan kalsium harian untuk orang dewasa antara kumpulan umur 19 hingga 64 tahun ialah 1000 mg sehari.
Sayangi tulang dan hargai kesihatan anda dengan mengamalkan pemakanan yang sihat.

Sumber:
RNI 2017

Sumber : Nutritionistkkm
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register