soybean
CG Hardcore Club


- Messages
- 63,243
Paid Membership
- Joined
- Feb 15, 2009
- Messages
- 63,243
- Reaction score
- 4,135
- Points
- 661
Dr Nurul ‘Afiah
WANITA dan makanan sememangnya berpisah tiada, pantang dengar ada menu atau tempat makan baharu, pasti mahu mencubanya.
Gaya hidup wanita di negara ini juga unik, jika berada dalam tekanan atau mood kurang gembira contohnya, makan antara terapinya.
Selain itu, jika meraikan sesuatu pun pasti disertakan dengan jamuan atau makan-makan bersama yang tersayang.
Tidak hairanlah jika†Tinjauan Kebangsaan Kesihatan & Mobirditi 2019 yang dikeluarkan Institut Kesihatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati empat daripada 10 orang atau kira-kira lapan juta orang dewasa di negara ini mempunyai tahap kolesterol yang tinggi.
Malah apa yang mengejutkan, 45 peratus wanita mempunyai tahap kolesterol yang lebih tinggi berbanding lelaki iaitu sebanyak 32 peratus.
Lebih mencuri perhatian, seorang daripada empat (daripada mereka) tidak sedar mempunyai kadar kolesterol yang tinggi.
Doktor Kesihatan Pekerjaan, Hospital Pakar KPJ Tawakkal KL, Dr Nurul 'Afiah Mohd Isa berkata, apa yang membimbangkan ialah†golongan yang berumur antara 40 hingga 59 tahun paling ramai tidak mengetahui mereka mempunyai tahap kolesterol tinggi.
Kata Dr Nurul 'Afiah, kolesterol adalah sejenis lemak yang mempunyai fungsi tertentu dalam tubuh manusia dan datang daripada dua sumber iaitu penghasilan dari tubuh serta dari sumber luar iaitu bahan makanan.
Menurutnya, kolesterol berfungsi untuk menghasilkan sesetengah hormon yang diperlukan manusia termasuk hormon seks, dinding sel untuk tisu dalam badan manusia, vitamin D dan cecair hempedu yang diperlukan untuk proses pencernaan.
Last edited: