BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RSV: Wanita Hamil Dan Warga Emas Disaran Ambil Langkah Pencegahan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,700
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,700
Reaction score
97
Points
80
a6bc809324e05f37ce74356b08fe4d9567bfee8a0f1d6

c06386b7fe6e2fe5439246b71c9d4b8a678603f064057

Dr Gan Chin Seng. Kredit: SMC Bandar Sunway

Wanita hamil digalakkan berbincang dengan doktor masing-masing bagi menerima imunisasi yang berfungsi melindungi mereka daripada jangkitan Virus Respiratori Sinsitial (RSV), sejenis virus pernafasan yang sejak beberapa tahun kebelakangan ini membimbangkan banyak isi rumah.

Pakar Perunding Pediatrik dan Pakar Intensif Pediatrik Dr Gan Chin Seng berkata RSV yang sering disalah anggap sebagai selesema bermusim sebenarnya merupakan antara punca utama penyakit pernafasan serius, kemasukan ke hospital serta kematian dalam kalangan bayi berusia bawah enam bulan dan warga emas berumur 60 tahun ke atas.

“Setiap tahun, secara global, RSV menyebabkan lebih 33 juta jangkitan saluran pernafasan dalam kalangan kanak-kanak berusia bawah lima tahun. Daripada jumlah itu, 3.6 juta kes memerlukan rawatan di hospital, manakala hampir 100,000 kematian direkodkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata walaupun beban jangkitan RSV adalah besar di peringkat global, ia sering kali tidak diberi perhatian sewajarnya, malah ramai ibu bapa dan penjaga tidak pernah mendengar tentang virus ini sehinggalah orang tersayang mereka dimasukkan ke hospital.

“Kami pernah melihat bayi yang sihat sebelum ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi hanya dalam beberapa hari disebabkan RSV. Antara perkara paling sukar pernah saya alami ialah melihat seorang bayi bertarung untuk bernafas manakala ibu bapanya hanya mampu melihat tanpa dapat berbuat apa-apa.

“Ia amat menyayat hati, dan situasi seperti ini telah saya saksikan berkali-kali,” katanya sambil menambah bahawa di Malaysia, jangkitan RSV berlaku sepanjang tahun namun kebiasaannya memuncak pada musim monsun antara Ogos hingga Januari.

Selain itu, Dr Gan berkata walaupun RSV sering dikaitkan dengan kanak-kanak, kesannya terhadap golongan warga emas juga amat membimbangkan khususnya mereka yang menghidap diabetes, penyakit jantung atau paru-paru kronik.

Ramai pesakit warga emas yang dijangkiti RSV mungkin tidak menyedari bahawa mereka menghidap penyakit serius kerana gejala seperti keletihan, demam ringan dan kekeliruan sering disalah anggap sebagai simptom penyakit biasa atau tanda penuaan.

“Kebiasaannya, warga emas memandang ringan gejala awal. Malangnya, apabila mereka mendapatkan rawatan, keadaan mereka selalunya jauh lebih serius daripada apa yang mereka sangkakan.

 
Back
Top
Log in Register