BTC USD 75,896.9 Gold USD 4,326.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penduduk ramai-ramai panjat bukit, air laut tiba-tiba surut

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,120
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,120
Reaction score
346
Points
141

Penduduk ramai-ramai panjat bukit, air laut tiba-tiba surut​

geli-air-laut.jpeg

Tangkap layar menunjukkan orang ramai berjalan ke kawasan bukit selepas air laut dilaporkan surut. - TikTok

JAKARTA – Satu klip video tular di Tarakan, wilayah Kalimantan Utara menunjukkan penduduk tempatan berpusu-pusu mendaki bukit atau kawasan yang lebih tinggi selepas melihat air laut surut tiba-tiba, lapor portal berita Lambe Turah.

Kebimbangan itu semakin meningkat selepas tersebarnya maklumat mengenai potensi tsunami susulan gempa bumi kuat menggegarkan Filipina.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @syyyalala menunjukkan perjalanan ke sebuah bukit dibanjiri beratus-ratus orang semalam.

Seorang penduduk tempatan memberitahu bahawa dia meninggalkan rumah bersama keluarganya selepas melihat air di Pantai Amal tiba-tiba surut pada pukul 10 pagi (waktu tempatan).

“Saya melihat air laut surut dengan mata sendiri pagi tadi. Bimbang dengan potensi tsunami, saya segera ke sini bersama anak-anak dan suami,” katanya.

Ada antara mereka yang enggan pulang ke rumah meskipun pihak berkuasa mengesahkan keadaan di kawasan Pantai Amal selamat. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register